Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 30 December 2018

Jalan-jalan Bukit Malawati Kuala Selangor

Jalan-jalan Bukit Malawati Kuala Selangor

Orang kata kalau singgah Kuala Selangor, tak sah kalau tak naik Bukit Malawati. Khabarnya semasa hujung minggu kereta tak dibenarkan naik. Hanya dibenarkan berjalan kaki atau naik trem. Semasa kami  naik ke sana, kami datang semasa hari bekerja. Maka bolehlah bawa kereta sendiri untuk meronda.







Antara yang menarik di Bukit Malawati, Rumah Api Kuala Selangor yang dibina pada tahun 1907. Peranan rumah api ini ialah untuk memberi isyarat kepada kapa-kapal yang lalu dan penunjuk pintu laluan keluar masuk ke perairan  Selangor.

Dari pintu utama nak ke atas tidaklah jauh. Tak sampai 5 minit naik kereta dah sampai atas.  Tapi jalannya agak berliku dan sempit. Patutlah kereta tidak dibenarkan naik pada hujung minggu dan laluan yang dibenarkan hanya sehala.






Berhadapan dengan rumah api ada deretan meriam. Khabarnya jumlah meriam di sini asalnya ada 102 buah meriam. Ada yang asli milik Belanda di mana semasa peperangan Selangor-Belanda kerajaan Sultan Selangor merampas meriam dari Belanda. Ada juga meriam yang dibuat sendiri oleh kerajaan Selangor dari hasil tangan mereka sendiri.







Bersebelahan rumah api pula ada muzium sejarah daerah Kuala Selangor yang menceritakan tentang sejarah daerah Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Selangor yang terawal.




Kami tak masuk pun ke muzium. Lepas ambil gambar pemandangan muara Sungai Selangor, kami berhenti sebentar di kawasan yang ada menara telekomunikasi. Di situ pengunjung boleh duduk di pondok yang disediakan. Kalau bernasib baik, ada kumpulan lutong yang duduk sama-sama dengan pengunjung. Hati-hati kalau bawa makanan, kemungkinan mereka akan minta dari pengunjung.











Untuk pengetahuan di Bukit Malawati ni ada banyak lagi lokasi menarik dan bersejarah yang boleh dilawati pengunjung. Antaranya perigi beracun, makam anak dara, telaga tujuh, batu hampar dan tangga seratus  dan Makam Sultan Selangor.



Kalau nak join aktiviti sekitar Kuala Selangor macam eagle feeding, tengok kelip kelip, blue tears dan sky mirror, boleh beli terus di sini >>>Tiket aktiviti menarik Kuala Selangor<<

No comments:

Post a Comment