Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 2 September 2018

Pengalaman menginap di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru

Pengalaman menginap di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.

Di Johor Bahru kami menginap di Hotel Seri Malaysia 

yang terletak di Larkin. 

Waktu kami sampai di hotel, 

hotel agak sunyi. 

Mungkin kerana hari tersebut adalah hari Ahad, 

ramai pengunjung sudah pulang ke tempat masing-masing. 

Tambahan pula hari Ahad merupakan hari bekerja untuk negeri Johor.



Sumber: agoda






Kami menginap di bilik family room 
yang mempunyai satu katil queen dan satu katil single. 

Oleh kerana kami ada 4 orang dewasa semuanya, 

kami menempah satu lagi tilam tambahan.

Ulasan saya tentang Hotel Seri Malaysia Johor Bahru ialah, 

hotel ini selesa, dan sederhana. 

Jika nak compare dengan hotel lain yang saya pergi, 

agak sedikit berbeza dari segi susun atur dan rekaan dalamannya. 

Walaupun tidaklah semoden dan perabot yang baru, bagi saya cukup selesa.




Abaikan kesepahan atas meja tulis tu ye, haha!






Ada televisyen skrin rata dan siaran yang jelas dan warna yang terang,
air cond sejuk, tandas sederhana bersih,

ada almari serta laci untuk penyimpanan barang,

cerek eletrik dan minuman paket teh dan kopi,

meja tulis dan kerusi untuk duduk-duduk.

Cuma yang sedikit kurang bagi saya ialah tiada peti ais,

agak sukar nak simpan makanan dan bilik family yang agak sempit.


Apapun,  jika nak dibandingkan harga family room Hotel Seri Malaysia

dengan family room hotel lain dari segi harga jauh berbeza,

mungkin kerana itu kelengkapan dan keluasannya

tidak seperti hotel lain. Apapun Hotel Seri Malaysia

tetap masuk dalam list hotel pilihan saya

jika bercuti ke mana-mana kerana keselesaaan

yang diberikan serta harga yang sangat berpatutan.


Malam tu kami cari makan malam

di kawasan kedai yang tak jauh dari hotel.

Di sini sangat banyak kedai makan melayu.

Hotel ini strategik kerana kedudukannya

yang tidak jauh dari bandaraya Johor Bahru

dan berhampiran kedai makan dan kemudahan lain.

Tetapi sekiranya anda tak biasa datang ke JB,

dinasihatkan untuk menggunakan GPS

atau waze supaya tidak sesat kerana JB sememangnya bandaraya yang sangat sibuk.

Kafe Hotel, Kafe Rasa-Rasa


Esoknya kami bersarapan di cafe hotel iaitu Kafe Rasa-Rasa.

Wow! Itu yang keluar dari mulut saya bila masuk ke kafe ini.

Rekaan hiasan dalaman yang unik

dan cantik susun atur kerusi dan meja makan yang kemas

serta pilihan makanan yang variety.

Ada lodeh dan nasi impit, soto, meehun sup, cucur bawang,

bubur nasi, agar-agar, nasi goreng cina dan roti bakar.

Walaupun Hotel Seri Malaysia Johor Bahru nampak biasa-biasa

tapi kafenya saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.







Thumbs up untuk Hotel Seri Malaysia Larkin JB

yang komited menyediakan servis yang selesa

 dan harga berpatutan untuk pelanggan.



No comments:

Post a Comment