Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 5 September 2018

Jalan-jalan Johor: tiada rezeki merasa roti Salahuddin Bakery

Jalan-jalan Johor: tiada rezeki merasa roti Salahuddin Bakery

Semasa kami di JB, 

saya dengan adik dah plan nak pergi kedai roti Salahuddin Bakery 

yang sangat terkenal di Johor Bahru. 

Salahuddin Bakery terletak di Jalan Dhoby. 

Kedai roti tersebut popular kerana mereka membakar roti menggunakan dapur arang. 

Betul-betul rare. 

Tu yang saya teringin sangat nak rasa tu.



Pagi lepas check out,

ajak abah pergi kedai Salahuddin Bakery berpandukan GPS.

Tak jauh pun, jarak dari Hotel Seri Malaysia lebih kurang 15 minit saja.


GPS pandu kami ke kedai tersebut.

Mula-mula sampai, GPS cakap dah sampai destinasi,

tapi mananya kedai roti tu? Tak nampak pun.

Lepas tu kami pusing sekali lagi,

pakai GPS jugak. Pun tak jumpa jugak.

Dah hampir fed up.

GPS cakap dah sampai tapi saya lansung tak nampak kedai roti tu.



Kali ketiga, untuk kesekian kalinya,

pusing sekali lagi.

Kali ni memang betul-betul perhati sebab taknak terlepas.

JB ni bukan boleh saja-saja pusing sebab JB memang terlalu sibuk.

Kalau dah tersilap jalan, susah oiii nak patah balik. Haha.



Kali ke tiga kami pergi lagi sekali tempat tu,

tengok betul-betul baru tahu yang kedai roti Salahuddin Bakery tak buka!

Makna kata kedai tak beroperasi.

Saya tak pasti adakah hari tersebut hari cuti bagi mereka

atau mereka lambat sedikit buka.


Salahuddin Bakery di bangunan merah,  npintu besi warna beidge



Jalan tersebut bukannya boleh parking sesuka hati

sebab berderet kereta kat belakang,

lagipun takde parking kosong pun.

Jadi dengan perasaan sedih dan berat hati, kami pun bergerak meninggalkan lokasi.

Huaa bila lagilah

datang JB. Dahlah jauh.


Satu perkara yang saya tertarik tentang Jalan Dhoby ini ialah,

kedai-kedai di sini kelihatan seperti bangunan lama

yang penuh dengan nilai warisan dan sejarah.

Bila kita tengok balik sejarah kedai roti Salahuddin Bakery ini juga,

ia wujud sejak tahun 1937 lagi.

Patutlah kedai-kedai di sekitarnya pun lebih kurang sama usianya.




Harap-harap ada rezeki di masa akan datang

untuk menjejak kaki sekali lagi ke JB

dan seterusnya dapatlah merasa roti Salahuddin Bakery.



No comments:

Post a Comment