Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 3 September 2018

Jalan jalan Johor: Bandaraya Johor Bahru yang serba sibuk

Bandaraya Johor Bahru yang serba sibuk. Ini kali kedua saya berkunjung ke Johor Bahru. Kali pertama masa umur awal 20-an. Hampir 15 tahun juga tak menjejak kaki Ke JB.

Apa yang saya boleh katakan ialah Bandaraya Johor Bahru sangat sibuk, sesibuk seperti Kuala Lumpur. Banyak juga yang berubah, antaranya Danga Bay yang sudah pesat membangun. Dahulu merupakan dataran, sekarang dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi.









Petang tu sesampai saja kami di Johor Bahru, kami cari hotel dulu. Hotel masih belum book. Ada beberapa hotel yang saya berkenan. Tapi abah nak pergi tengok dulu hotelnya macam mana. Ada dua hotel yang kami pergi tengok, end up tak jadi menginap di situ. Jadi merasa jugalah kami dengan kesibukan Johor Bahru kerana dua-dua hotel tersebut betul-betul berada di tengah-tengah bandaraya. Kebetulan hari tersebut ialah hari Ahad, di mana rakyat Johor berkerja dan waktu tersebut ialah waktu puncak orang pulang dari tempat kerja. 







Jalanraya di JB sama seperti di Kuala Lumpur. Orang cakap kalau tak biasa memang agak susah, bila tersalah masuk lorong, bercinta jugaklak nak patah balik. Masa kami di Johor Bahru, abah yang memandu sebab saya memang tak yakin. Abah pun 100% guna bantuan GPS. Cemas oii tengok kereta banyak bukan main, hahaha. Saya ni duduk di Bangi. Bangi tak sibuk seperti di Johor Bahru. Tu yang terkejut jugalah.







Last-last bila dah penat pusing-pusing, abah pun ajak, "jomlah kita pergi Hotel Seri Malaysia je. Situ harga murah, selesa pun selesa".


n-sabrinaa.com

No comments:

Post a Comment