Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 31 July 2018

Menikmati kek sedap di Kula Cakes Kuantan


Menikmati kek sedap di Kula Cakes Kuantan

Saya sempat menikmati kek yang dijual di Kula Cakes
yang terletak di Kuantan.

Kula Cakes memang terkenal dalam kalangan penduduk Kuantan
kerana Mango Cheesecake mereka yang dikatakan sangat sedap.

Memandangkan Kula Cakes pun tak jauh dari Hotel Sentral Kuantan,
hotel kami menginap,

jadi saya ajaklah suami saya ke sini.

Jarak dari hotel ke Kula Cakes lebih kurang 100 meter je.

Kami jalan kaki saja tapi kena naik jejantas

kerana Kula Cakes terletak di seberang jalan yang sibuk.

makan-makan di Kula Cakes Kuantan

Kedainya comel saja.

Ada disediakan bangku dan meja
sekiranya pelanggan nak makan di kedai.

Kek yang dijual pun taklah banyak pilihan.

Tak sampai 10 jenis kek termasuk manisan.

Walaupun tak banyak pilihan, orang cakap kek yang dijual semua sedap-sedap.

Disebabkan kek yang selalu diperkatakan orang ialah Mango Cheesecake,

jadi tentulah saya pilh kek itu untuk dirasa.

Lagi satu saya pilih Salted Caramel Chocolate Cake dan Cream Brulee.

Air kami pilih ice coffee dan ice chocolate. 


makan-makan di Kula Cakes Kuantan
order kami


Rasanya macam mana?

Alhamdulillah, memang sedap Mango Cheesecake dia.

Memang terasa ke'mangga'annya.

Ada kepingan mangga yang manis  di atas kek.

Creme Brulee dan Salted Caramel Chocolate cake pun sedap juga.

Total harga untuk kek dan air, RM33++. 

Kalau anda datang bercuti di Kuantan

dan menginap di Hotel Sentral Kuantan, jangan lupa singgah ke Kula Cakes :)





Alamat Kula Cakes:

Kula Cakes
96, jalan Besar
25000, Kuantan Pahang



No comments:

Post a Comment