Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 1 April 2018

Bandar Muar memang bersih patutlah menang anugerah

Bandar Mura Bersih

Kebersihan bandar Muar memang mengagumkan

Sebelum datang Muar saya ada baca berita 
yang Muar telah dinobatkan 
bandar pelancongan terbersih di Asean 2017.


Jadi saya nak tengok dengan mata saya sendiri 
bagaimana bersih seperti yang dikatakan. 

Ok dari pandangan umum saya, 

Muar bersih. 

Jika kita lihat di kaki lima, kita agak susah nak jumpa sampah sarap. 

Di mana-mana lokasi sekitar bandar Muar juga kelihatan bersih.




Saya pergi Tanjung Emas juga kelihatan bersih
tanpa sebarang sampah walaupun lokasi itu merupakan 
kawasan tumpuan orang ramai.





Sebelum pulang, saya sempat mengelilingi sekitar bandar Muar, 

fuhh tip top dan memang bersih !



Kaki lima clear dari sampah sarap




Ini mengingatkan saya dengan kebersihan bandar Osaka. 

Apa yang saya boleh katakan sama bersih seperti di Jepun!

Bandar Muar bersih hasil kerja keras PBT 
dan pihak-pihak lain yang terlibat yang memastikan Muar sentiasa bersih sehingga dinobatkan sebagai bandar terbersih Asia Tenggara 2017.


Syabas PBT Muar, agensi kerajaan dan swasta, NGO dan masyarakat tempatan Muar

Antara keunikan-keunikan lain yang saya lihat semasa berada di Muar

 Bandar dengan jalan sehala

Bandar Muar jalannya sehala terutama laluan-laluan utama 
(tengah-tengah bandar). 

Jadi orang luar yang nak datang ke Muar pertama kali,
kena berhati-hati dan waze siap-siap bila nak pergi mana-mana lokasi 
yang ada di Bandar Muar. 

Kalau tersalah jalan, kena pusing semula. 

Bandar yang tenang terutama waktu malam

Bandar Muar kelihatan tenang dan tidak nampak terkejar-kejar. 
Tidak seperti Kuala Lumpur 
dan bandar-bandar besar lain di mana orang-orang yang berada di sana 
nampak seperti rushing mengejarkan sesuatu. 


Keunikan makanan tempatan


Orang Muar biasa makan sate sebagai sarapan pagi. 
Muar juga ada jenama kopi yang sedap dan terkenal 
yang dikenali sebagai kopi Sai Kee 434 dan Elephant Bean. 

Saya berpeluang menikmati kopi Sai Kee yang saya beli di Wetex Mall. 

Nak pergi kedai kopi Sai Kee saya tak berkesempatan 
kerana pada waktu itu kedai sudahpun tutup. 

Kopi Sai Kee 434 memang sedap, serius tak tipu.




Mee bandung yang sedap yang saya pernah rasa.

Kalau tak percaya boleh datang dan rasa sendiri.



Apapun ulasan tentang makanan ini subjektif 

kerana citarasa setiap orang berbeza-beza. 






No comments:

Post a Comment