10 perkara unik yang aku lihat di Osaka Jepun

Ada beberapa keunikan yang aku lihat semasa berada di Osaka. Antaranya ialah:

1. Pengurusan sampah dan sisa makanan sangat efisien

Mereka menguruskan sampah secara efisien dan sistematik. Jika ada sisa makanan yang tertinggal di dalam kotak atau bekas plastik, mereka akan cuci bersih-bersih terlebih dahulu dan kemudian diasingkan mengikut kategori. Menurut adik ipar aku yang pernah duduk di Jepun selama 6 bulan, minyak dari sisa makanan juga tidak dibuang di dalam sinki. Ada teknik khas untuk membekukan minyak. Ini untuk mengelakkan minyak dari mengalir ke dalam sistem saliran. Oleh kerana itu kita boleh lihat longkang di Jepun sangat-sangat bersih dan jernih hinggakan ada ikan yang boleh hidup di dalam longkang. Adik ipar aku cerita, di Jepun ada teknologi yang boleh mengesan rumah mana yang membuang minyak di dalam sinki. Sampai macamtu sekali mereka menjaga kebersihan sistem saliran. 




2. Tandas tiada paip air tapi ada bidet dan washlet

Yang ni rasanya ramai dah tahu. Tandas di Jepun kebanyakannya ada bidet. Bidet itu salur air seperti paip kecil yang akan keluar dari mangkuk tandas. Bila kita nak guna bidet, kita tekan button yang ada pada washlet. Washlet dia bukan biasa-biasa tau. Ada beberapa butang dengan fungsi yang berbeza fungsi. Siap ada button yang fungsinya boleh keluarkan muzik untuk elak bunyi-bunyian yang tidak sedap didengar semasa pengguna menggunakan tandas. Tempat duduknya juga akan berubah menjadi sedikit bahang.  Tujuannya supaya pengguna selesa apabila duduk di tandas. Takdelah terkejut kulit dibuatnya kan.

Washlet ini ada yang diletak di sisi mangkuk tandas, ada juga yang diletak di dinding
 
Washlet. sumber: wikimedia


3. Tandas ayah bersama bayi dan tandas khas kanak-kanak

Aku jumpa tandas ayah bersama bayi ini di Osaka Bay. Bagus sangat, terbaik. Biar ayah pula tukarkan lampin bila berada di tempat awam. Takkan ibu je yang nak kena tukar ? :P

Aku ada jumpa jugak tandas khas untuk kanak-kanak semasa aku berada di stesyen keretapi di Gion, Kyoto. Bentuknya sama saja macam tandas biasa, cuma saiznya lebih kecil. Comel sangat tandasnya. Pintu tandas, sinki dan mangkuk tandas kecil dan rendah. Pendek kata semua direka khas untuk keselesaan kanak-kanak.  Aku kan bila nampak ada toilet khas kanak-kanak, aku excitedlah.  Aku tak lepaskan peluang suruh anak aku guna. Aku nak guna tak boleh jadi aku suruhlah anak aku guna kahkahkah.Maaflah tandas kanak-kanak aku terlupa nak ambil gambar jadi tak dapatlah aku kongsikan di sini.



toilet ayah dengan bayi


4. Train dengan coach dua tingkat

Jepun ada banyak jenis train yang dioperasikan oleh pelbagai syarikat. Selain coach biasa, ada beberapa coach dua tingkat dan ia bertaraf premium (mahal).



5. Vending machine di mana-mana

Memang mudah sangat nak jumpa vending machine bila berada di Jepun. Vending machine yang berada di sebelah rumah orang juga satu perkara biasa di sana. Bukan setakat minuman, pelbagai jenis barang juga dijual di vending machine. Faham-fahamlah gaya hidup dan pergerakan orang Jepun ni tangkas dan pantas kerana mereka sangat menghargai masa. Jadi penggunaan vending machine adalah sangat praktikal di sana. Mereka boleh membeli barang secara on the go di vending machine.

6. Orang Jepun berjalan dengan laju. Kadang-kadang mereka berlari.

Ya memang laju dan sangat pantas. Sup sap sup sap. Boleh nampak suasana kesibukan dan kelajuan mereka berjalan di stesyen subway dan railway lebih-lebih lagi semasa hari bekerja. Mereka sangat menepati dan menghargai masa. Kadang-kadang mereka berlari. Agaknya kerana itulah ada banyak signage di stesyen keretapi yang mengingatkan pengguna supaya tidak berlari. Aku sempat cakap pada diorang, "Hai,  nak pergi mana tu laju-laju? Rilekslah, kan ada banyak train lagi".

 Tapi ia hanyalah kata-kata yang bergema di dalam hati aku saja.





7. Train tiba tepat pada masa

Kalau kita tunggu subway atau railway di Jepun, kita takkan tunggu lama pun. Kadang-kadang tak sempat letak punggung train dah sampai. Kita nak letak punggung pun takde tempat. Kerusi tidak disediakan atau sangat sedikit di stesyen-stesyen subway.

8. Suasana sunyi yang luar biasa di kawasan perumahan

Memang sunyi tetapi tenang. Itulah suasana yang aku dapat gambarkan selama menginap di rumah penginapan Airbnb yang terletak dalam kawasan kejiranan di Osaka. Bukan malam saja, hari siang pun krik krik je suasananya. Sangat berbeza suasana semasa aku berada di Seoul Korea Selatan. Di Seoul, kalau kita duduk di guest house, kita boleh dengar suara orang bersembang-sembang, gelak-gelak, cakap pun kuat-kuat bila mereka berjalan di kaki lima. Di Jepun pula, sangat susah nak dengar orang Jepun bersembang-sembang sesama sendiri kerana mereka selalu bersendirian bila ke mana-mana. Aku sampaikan rindu nak dengar suasana bising orang bercakap-cakap bila aku berada di Osaka. Cuba tengok gambar-gambar di kawasan perumahan di bawah. Waktu di Jepun pada masa ini lebih kurang jam 11 pagi. Tak nampak sesiapa pun melepak dan bersembang-sembang di luar rumah.











9. Convenience store sangat banyak
Convenience store seperti Lawson, Family Mart, 7 Eleven memang mudah dijumpai dan ia dibuka 24 jam.  Macam-macam yang dijual di convenience store. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendapatkan barangan secara pantas dan on the go. Kalau mereka ke sesuatu tempat dan urgent nak cari barang, mereka pergi saja di convenience store. 



10. Basikal sebagai salah satu pengangkutan utama

Orang Jepun banyak menggunakan basikal untuk ke mana-mana. Sama macam penduduk China, basikal merupakan salah satu pengangkutan utama maka jadi tidak hairanlah kita boleh tengok ada sistem parking bertingkat dan berteknologi yang dibuat khas untuk basikal sahaja di sana. 

basikal diparking di pintu masuk stesyen subway (bawah tanah)





Sebenarnya banyak lagi perkara unik yang aku jumpa di sana. Nantilah kalau aku teringat aku tambah lagi.

Wallahua'lam


No comments

Powered by Blogger.