Ads Top

Naracards Seoul Set

Minuman Jepun ini kelihatan seperti air mineral tetapi rasanya seperti teh susu

Minuman buatan Jepun ini kelihatan seperti air mineral tetapi rasanya seperti teh susu. Haa panjang berjela tajuk, ahaha. 

Sekali pandang memang nampak macam air mineral.  Tapi bila dah sekali rasa, rasanya saling tak tumpah seperti teh susu. Cuma bezanya ialah rasanya kurang manis berbanding teh ais atau teh tarik yang biasa kita minum di kedai makan. 






Di Osaka tempohari saya berpeluang membeli air ini di vending machine yang diletakkan tidak jauh dari rumah penginapan. Nama produk ini, Premium Morning Tea keluaran syarikat Suntory. Saya dah minta pengesahan dari sepupu saya yang sedang belajar di Tokyo. Kata sepupu saya, minuman ini selamat diminum dan tiada alkohol. Syarikat Suntory ada mengeluarkan minuman seperti ini dalam dua perisa. Teh susu dan satu lagi perisa teh lemon. Saya ada buat sedikit carian di google. Menurut sumber, minuman ini dibuat melalui proses pengewapan.

Khabarnya minuman ini sudah sampai ke Malaysia. Kalau korang teringin nak rasa boleh dapatkan di Aeon dan Family Mart Malaysia kalau tak silap saya. Kalau anda ke Jepun pula, selain di vending machine, air ini juga ada dijual di Lawson, Seven Eleven dan Family Mart.

Sedapnya air I Lohas perisa peach

Ada satu lagi air minuman yang saya nak cerita. Air ini saya sangat suka sebab rasanya yang sedap dan menyegarkan. Nama minuman ini, I Lohas, perisa peach. 

Dia ada beberapa perisa lagi tapi yang saya berkesempatan merasa, perisa peach. 


Kalau anda ke Jepun, tolonglah beli air ni dan anda takkan menyesal beli sebab sangat sedap ok! Kalau minum air ni sejuk-sejuk, lagilah sedap.  Air ini banyak dijual di vending machine dan convenience store juga.

Oleh kerana saya tak ambil gambar air minuman, maka saya tak dapatlah saya kongsikan gambarnya. Anda boleh google produk ini untuk dapatkan maklumat tentangnya. 

No comments:

Powered by Blogger.