Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 29 December 2017

Pengalaman naik train di Osaka dan Kansai Jepun

Pengalaman naik train di Osaka dan Kansai Jepun

Semasa kembara kami di Kansai tempohari, 
kami banyak menggunakan train untuk ke mana-mana destinasi. 

Kelebihan menaiki train ialah kita dapat ke sesuatu tempat tumpuan pelancong 
dengan mudah kerana perkhidmatan railway dan subway di Jepun sangat efisien.


Jika menaiki train saya takkan melepaskan peluang melihat pemandangan,  
kawasan perumahan penduduk dan kawasan bandar. 


Bila tengok kawasan perumahan penduduk, teringat kartun Nobita. 

Rumah-rumahnya ada yang rupabentuknya lebih kurang rumah Nobita. 

Rumah banglo tapi comel je rupa dia.


pemandangan dari dalam train












Beza railway dan subway

Train ada dua iaitu railway dan subway.

Railway ialah perkhidmatan keretapi atas tanah.

Manakala subway perkhidmatan keretapi bawah tanah.

Railway cover perjalanan jarak jauh contohnya antara Osaka-Kyoto,
Osaka-Himeji dan lain-lain.


Ada banyak jenis train dan subway dari pelbagai syarikat.

Contohnya Keihan Railway cover bahagian Kyoto dan Osaka,
Sanyo Electric Railway cover  Himeji dan Kobe.

Kintetsu railway and Co cover daerah-daerah dalam kansai
yang menjadi tumpuan pelancong seperti Nara, Nagoya, Osaka, Kyoto


Subway pun ada banyak syarikat yang menguruskan
seperti Midosuji Line, Tannimachi Line dan macam-macam lagi.

Ketepatan masa 

Train di Jepun akan sampai tepat pada masa yang dijadualkan.

Kalau lambat sekalipun hanya beberapa saat saja.

Jadi kita takkan menunggu lama pun. Sekejap saja berdiri, train dah pun sampai.


Gambar-gambar yang ada di dalam entry ini ialah pemandangan yang dapat dilihat dari dalam train.









  
Suasana dalam  train 

Biasanya suasana dalam train senyap dan sunyi.

Masing-masing menatap telefon atau membaca buku.

Budaya orang Jepun ialah mereka takkan menatap antara satu sama lain di dalam train
kerana bagi mereka itu sesuatu yang tidak sopan.

Sebabtu kalau kita masuk dalam train diorang semua akan mengadap telefon.

Kalau tak pegang telefon pun mesti tunduk pandang bawah, atau tidur.

Beri tempat duduk untuk kanak-kanak

Pada pendapat saya, orang Jepun mengutamakan kanak-kanak juga
selain orang kurang upaya, warga emas dan ibu mengandung.

Ada pernah sekali anak saya diberi tempat duduk oleh orang Jepun.

Mungkin mereka rasa bahaya untuk kanak-kanak berdiri di dalam train.

Beratur untuk masuk ke dalam train

Budaya di Jepun, kita kena beratur elok-elok 
dan tunggu penumpang dalam train keluar dulu, kemudian baru kita boleh masuk.

Waktu puncak

Waktu puncak penggunaan train ialah 
sewaktu orang pergi kerja dan pulang dari tempat kerja. 

Pada waktu ini train akan menjadi sangat sesak 
hinggakan ada pegawai yang bertugas di situ akan tolak penumpang 
masuk ke dalam train sepadat-padatnya. 

Saya belum pernah ada pengalaman ditolak sebegitu, 

hanya pernah nampak dalam youtube saja. 

Kalau kita travel bersama anak kecil dengan stroller, 
elakkan naik train di waktu puncak.




=====================

Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<






No comments:

Post a Comment