Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 13 December 2017

Tempat menarik di Osaka: keunikan pasar basah Kuromon Ichiba di Osaka

Tempat menarik di Osaka: keunikan pasar basah Kuromon Ichiba di Osaka.


Di Osaka,

most of the time kami masak di rumah penginapan.

Sangat jarang makan di luar, kecuali sekali semasa di Kobe.

Masak sendiri lebih jimat.

Di convenience store kami beli telur dan sayur-sayuran.

Di Pasar Kuromon Ichiba pulak kami beli ikan dan sotong

untuk dibuat lauk dan dimakan bersama nasi segera Family Mart.

Besar-besar ikan dan sotong yang mereka jual. 









Pasar Kuromon Ichiba digelar Dapur Osaka.

Ia pasar yang mempunyai sejarah kewujudan

menghampiri 200 tahun. 


Pasar ni bukan saja dikunjungi penduduk tempatan yang tinggal di sekitarnya

tetapi juga menjadi tarikan pelancong yang datang ke Osaka.


Keunikan pasar Kuromon ini ialah

walaupun dia pasar basah kerana menjual pelbagai makanan laut,

bahan mentah dan barangan basah tetapi lantainya tidak basah,

tidak berbau dan tidak hanyir.

Hebat masyarakat Jepun menjaga kebersihan. 

Alahai,  kalau lori sampah mereka pun tak berbau,

inikan pula pasar macamni. Osaka terletak di tepi laut.

Patutlah makanan lautnya segar-segar belaka.

Ambik dari nelayan terus.

Hidupan laut kita boleh beli dan minta dia grill terus kat situ jugak.





besar-besar kerang dia



Untuk pengetahuan

dalam sehari pasar ini dikunjungi seramai 23 000 orang.

Fuhh punyalah ramai umat manusia yang datang

tapi pasar ni tak bising dan bingit pun macam pasar di Malaysia.

 Itulah lain tempat lain budayanya.






Hidupan laut yang dijual di sini juga pelik-pelik dan segar semestinya.

Yang kita jarang tengok semua ada di sini.

Selain hidupan laut, daging, buah-buahan

dan sayur-sayuran,  ada juga dijual makanan panas seperti snek dan pakaian.





No comments:

Post a Comment