GB Pockit stroller yang sesuai untuk travel

Saya nak cerita sikit pengalaman saya menggunakan stoller GB Pockit semasa travel ke Osaka baru-baru ni. Saya sewa  stroller ni untuk tempoh travel selama 8 hari dan alhamdulillah saya puas hati dengannya. Bawa seorang budak berumur 4 tahun lebih, alhamdulillah memudahkan urusan travel kami. Di Osaka kami banyak berjalan kaki dan menaiki train untuk ke mana-mana destinasi. Budak memang tak samalah dengan orang dewasa. Kalau kita sendiri rasa penat bila banyak jalan dan naik train, dia sebagai budak kecil lagilah kan. Langkah pun pendek-pendek. Boleh dikatakan 70% perjalanan kami di sana anak saya memang duduk dalam stroller saja. Tambahan pula cuaca amat sejuk. Dia siap tertidur-tidur lagi dalam stroller tu.









Yang bestnya stroller ni boleh dilipat compact tau. Semasa perjalanan ke Osaka, saya lipat dan bawa masuk dalam cabin. Dia juga ringan. Beberapa kali juga kami angkut melalui escalator dan tangga bila tak jumpa lif  di sesetengah station ( tanpa budak duduk di dalamnya kecuali baby kecil).


Stroller jenama GB Pockit ni ada dua jenis. Satu jenis boleh dibaringkan (GB Pockit Plus) dan satu lagi tidak boleh dibaringkan (GB Pockit) .Tapi function dia sama dan dua-dua jenis boleh lipat compact.


Nak travel dekat-dekat pun masih boleh guna stroller ni. Katakan anda nak balik kampung atau nak pergi pasaraya yang dekat dengan rumah. Bawa stroller GB Pockit ni, bila nak masukkan dalam kereta hanya  lipat compact saja. Haa, untung kan sebab tak banyak makan ruang bila nak simpan stroller dalam kereta.


Sewa stroller

Saya sewa stroller ini dari Kiddos On The Go. Korang kalau nak sewa juga boleh hubungi owner dia ye, 012-2711521.   Owner dia baik, mudah dibawa berbincang. Harga yang diberi juga berpatutan.

sumber: Ig Kiddos On The Go





 
sumber : motherhood.com.my




sumber: Lazada


Ini bukan entry berbayar. Saya saja nak kongsi pengalaman dan bantu sesiapa yang sedang mencari stroller untuk travel :)



Post a Comment

0 Comments