Suasana unik di kawasan perumahan Daikokucho, Osaka

Suasana unik di kawasan perumahan Daikokucho, Osaka. Kami sekeluarga menginap di sebuah rumah disewakan (AirBnb) di kawasan Cho Ward,  Osaka. Setiap hari kami akan berjalan kaki selama lebih kurang 15 minit,  menempuhi kawasan perumahan dan taman permainan sebelum sampai ke di train station Daikokucho. Tenang, sunyi dan damai saja di kawasan perumahan mereka ini. Bersih, satu biji sampah pun tak jumpa. Tong sampah juga tidak kelihatan di mana-mana. Tetapi ada hari-hari tertentu mereka akan meletakkan tong sampah di luar bersama sampah-sampahnya sekali sekiranya ada pengutipan sampah pada keesokan harinya. 

 Seperti yang dapat dilihat dalam gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah, semua bangunan tersebut merupakan kawasan perumahan penduduk. 



Jalanraya

Jalanraya di kawasan ini juga nampak cantik, warna sekata, tiada lopak-lopak, tiada pecah-pecah.  Saya pernah menonton satu rancangan Khawateer yang menceritakan tentang negara Jepun. Jalanraya mereka sama juga macam jalanraya di negara kita. Pecah-pecah dan berlopak itu perkara biasa untuk jalan bertar. Tetapi di Jepun, sekiranya ada jalan yang pecah, mereka akan segera membaikinya sepantas kilat. Kalau pecah harini, dalam beberapa jam kemudian, sudah siap dibaiki. Dan kalau tak silap saya mereka juga ada teknologi seperti sensor yang boleh mengesan jalanraya yang pecah dan berlopak. Hebat dan efisien kan? Mudah-mudahan di Malaysia nanti boleh ada teknologi macamni. Insha Allah.














Basikal banyak dan diparking tanpa kunci

Selain kenderaan seperti kereta, basikal mudah dijumpai di mana-mana. Mereka akan berbasikal sehingga ke train station dan parking di sana, dan bergerak ke tempat kerja atau ke mana-mana destinasi dengan menaiki train. Basikal diparking dengan begitu saja tanpa ada sebarang kunci pun. Subhanallah, kerana kadar jenayah di sana sangat rendah, maka tiada sebarang kerisauan sekiranya basikal dicuri. 








Suasana sunyi sepi

Jika kita melalui kawasan perumahan, kita tak boleh sewenang-wenangnya berbuat bising, bercakap kuat-kuat dan menjerit-jerit. Memang suasana di sana tersangatlah sunyi. Kami yang duduk di rumah sewa pun lansung tak dengar orang bersembang-sembang, bergelak ketawa di kawasan kejiranan itu. Jarang nampak orang Jepun melepak depan rumah dan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Bukan jarang, tapi tak pernah sekalipun seingat saya.  Kalau malam lagilah, sunyi sepi seolah-olah ia bandar yang ditinggalkan.

Semasa musim luruh ketika kami di Osaka, waktu Maghrib  masuk jam 4.40 petang. Kiranya jam 3 petang tu dah nampak macam senja, jam 5 petang dah gelap macam jam 8 malam Malaysia. Waktu subuh Osaka masuk jam 5 pagi dan jam 6 pagi  langit dah terang macam jam 7 pagi di Malaysia.

Jadi bila dah mula gelap tu, suasana menjadi teramat-amat sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi train dan kenderaan yang lalu lalang di sana.



Vending Machine di sebelah rumah sesuatu yang biasa

Di Jepun, kita akan mudah menjumpai vending machine di mana-mana saja kita pergi.  Tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi mereka sekiranya ada vending machine yang diletakkan di sebelah rumah. Saya beberapa kali juga membeli air mineral di vending machine ini. Dalam perjalanan ke train station, singgah sekejap beli air.  Selain air mineral, air kopi dan teh susu (jenis botol), green tea dan jus juga dijual di vending machine. 









Traffic light

Traffic light di Osaka memang sangat banyak. Pada pandangan saya ini untuk menjaga keselamatan rakyat mereka yang banyak berjalan kaki dan menunggang basikal. 









Laluan pejalan kaki

Oleh kerana penduduk mereka juga banyak berjalan kaki, mereka menyediakan laluan pejalan kaki yang luas, selesa dan selamat. Siap ada besi penghadang untu mengelakkan sebarang risiko kemalangan jalanraya



Rumah-rumah rapat tetapi tidak bercantum

Rumah-rumah di Daikokucho, Osaka terdiri dari rumah flat atau pangsapuri dan juga rumah sebiji-sebiji. Rumah yang sebiji-sebiji ini dibina rapat-rapat tetapi tidak bercantum. Setakat pemerhatian saya juga dari gambar-gambar yang saya lihat di wilayah lain seperti Tokyo, di antara rumah-rumah pasti ada sedikit ruang yang boleh dilalui muat-muat satu badan dewasa. Saya pun tak pasti mengapa. Rumah mereka juga boleh dibina secara ke atas, maksud saya ia kelihatan seperti apartment, tetapi ia sebenarnya satu rumah yang sama.  Dalam rumah ada tangga-tangga curam yang tinggi dan boleh jadi ada lif juga.  Setakat yang saya nampak, ada rumah dua tingkat, tiga tingkat dan empat tingkat.  Rumah yang kami duduk juga rumah empat tingkat, kecil dan disediakan tangga yang curam dan tinggi yang menghubungkan antara bilik-bilik dan ruang tamu.

Jadi bolehkah saya katakan  rumah yang dibina sebiji-sebiji di sini adalah banglo yang dibina di atas keluasan tanah yang sangat terhad?




No comments

Powered by Blogger.