Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 26 November 2017

Keadaan dan suasana di stesyen keretapi Osaka

Di stesyen keretapi Osaka, ada banyak jenis keretapi mengikut destinasi  (saya tak pasti nama-nama setiap satu train tu).


Di sana sangat kurang kerusi untuk duduk-duduk. Saya anggap ini kerana lifestyle orang Jepun yang jenis berjalan pantas, hingga tiada masa untuk duduk lama, juga ketepatan masa setiap keretapi tiba di stesyen, memang tak sempat nak letak punggung pun keretapi dah sampai, ahaha.


Memang pantas, cepat dan tangkas perkhidmatan keretapi di sana.









Smart dan kemas je kan pakaian pegawai yang bertugas di stesyen keretapi ini. Kasut berkilat tu. Di bahagian kaunter  khidmat pelanggan, ada pegawai yang menjaga di sana. Pegawai-pegawai ini akan mengucapkan sesuatu sambil menundukkan kepala pada pengguna keretapi yang lalu dihadapan mereka. Saya pasti apa yang mereka ucapkan. Barangkali ucapan arigato (terima kasih).


Keadaan di stesyen akan menjadi sesak pada waktu puncak iaitu waktu mereka pergi (sebelum jam 9 pagi) atau pulang dari tempat kerja (sekitar jam 8-9 malam) . Orang Jepun berpusu-pusu berjalan dengan langkah yang laju tanpa menoleh kiri kanan pun. Jadi kalau korang nak jalan-jalan di Jepun cuba elakkan bertembung dengan waktu orang balik kerja. Bukan setakat sesak, nanti naik keretapi pun kena sumbat macam ikan sardin dalam tin. 









Kalau kita tunggu keretapi, kita kena beratur elok-elok. Tak boleh berterabur. Bila keretapi sampai, kena berdiri dan beratur di tepi pintu, tak boleh block laluan orang yang nak keluar dari keretapi.

Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang keadaan di stesyen keretapi di Osaka. Nanti ada rezeki boleh cerita tentang stesyen keretapi di wilayah lain di Jepun pulak.


==================





Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<



No comments:

Post a Comment