Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 11 April 2017

6 perkara unik yang saya lihat di Seoul Korea Selatan

6 perkara unik yang saya lihat di Seoul, Korea Selatan. 

Saya teringat semasa trip saya dan keluarga di Seoul, Korea Selatan.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya di Seoul.

Yang unik, yang rare, yang jarang saya nampak di tanah air sendiri.

Tapi saya bercerita ini
bukan tujuan untuk membanding-bandingkan
negara mana yang lebih baik, negara mana yang tidak.

Ini hanya perkongsian pengalaman
yang saya perolehi hasil dari kembara ke negara orang.

Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan.

Mungkin ada yang kita boleh belajar apabila nampak perkara baru di tempat orang.

Tak gitu? ;)

Tapi ini pandangan secara umum saja ya, 
berdasarkan trip yang hanya 5 hari 4 malam.

Sebenarnya ikutkan tempoh tu tak cukup untuk buat satu kesimpulan yang konkrit.



1. Budaya berjalan kaki

Kebanyakan warga Korea di Seoul sangat gemar berjalan kaki.

Ke mana-mana saja pergi, akan nampak berduyun-duyun orang Korea
berjalan kaki, naik tangga turun tangga.

Pagi-pagi akan nampak mereka berjalan laju-laju
dengan memakai kemeja kerja dan membawa beg dan suitcase.

Golongan wanita pun sama.

Pakaian yang mereka pakai ialah pakaian formal.

Jalan pandang depan saja, tak toleh kiri kanan pun.

Tak hairan masyarakat Korea ni nampak slim-slim belaka.






2. Banyak tangga. Tangga tinggi dan curam

Tangga memang banyak di sekitar Seoul.

Terutamanya di kawasan subway.

Kerana itu kalau nak berjalan-jalan di Seoul
secara backpacking dengan menggunakan subway, badan kena fit.
Kalau tak, jenuhlah.

Dinasihatkan bagi sesiapa yang nak ke Seoul
dan membawa bersama warga emas, ada ramai anak kecil
lebih baik naik teksi, sewa van atau kereta sahaja.

Tak payahlah naik subway
kerana perjalanan menuju ke stesyen-stesyen subway
kena banyak berjalan kaki dan naik tangga.

Tangga dia bukan sikit-sikit tau, tetapi tinggi dan curam.

Saya dah rasa azabnya travel di Seoul dengan berjalan kaki
dan menggunakan subway sebagai pengangkutan utama.

Semasa di Seoul haritu,
nampak je tangga saya akan menjerit dalam hati,
"Tangga? Oh noooo. Not again"!! Kaki cramp oiii. Hahaha.


Tetapi kan, sistem subway di Seoul memang hebat. 

Kalau tak silap saya sistem subway di Seoul diiktiraf antara sistem paling efisien ,
terbaik dan cekap di dunia.

Nak pergi ke mana-mana kawasan di Seoul
sekalipun di kawasan ceruk rantau sangat mudah,
hanya menaiki subway sahaja.



3. Warga Seoul mematuhi traffic light. 

Teringat semasa saya di berada di Wangsimni,
saya berada di kawasan yang berdekatan dengan Hanyang Medical School.

Di sini kebanyakannya akan nampak orang muda saja,
maklumlah sangat dekat dengan universiti kan.

Saya perasan, jika hendak melintas jalan,
mereka sangat mematuhi traffic light
walaupun tiada sebiji kereta yang lalu lalang ketika itu.

Kalau merah, mereka akan berhenti  dari melintas
sehinggalah lampu hijau menyala semula.

Kereta di sini pun tidaklah laju-laju sangat.

Pada pendapat saya, orang Korea secara umumnya
mereka mematuhi undang-undang lalu lintas bagi pejalan kaki

manakala yang memandu pula mereka akan berhati-hati,
tidak memandu secara berbahaya kerana persekitaran mereka
yang dikelilingi dengan pejalan kaki.






4. Banyak laluan pejalan kaki 

Laluan pejalan kaki sangat banyak.
Merata-rata, di mana saja akan kelihatan laluan pejalan kaki.
Di terowong sekalipun, di bahagian tepi terowong tersebut
akan disediakan laluan pejalan kaki.










5.  Bersih

Kebersihan boleh dikatakan tip top.
Susah nak jumpa tong sampah di tepi-tepi jalan. 

Hairan kan, tiada tong sampah tapi bandar mereka bersih.
Kadang-kadang terserempak ahjumma yang bekerja
sebagai cleaner dan pengutip sampah.

Kalau ada sampah, mereka akan cepat-cepat ambil.
Mereka bekerja dengan efisien. 

Ditambah lagi dengan penduduknya
yang tidak membuang sampah merata-rata.
Sebab tu jugak kot susah nak nampak sampah di mana-mana.

Ahjumma pun taklah penat bekerja.


Tapi saya pernah baca tentang rakyat Korea
memang menjaga kebersihan tetapi mereka
tidak mengasingkan sampah sebagaimana rakyat Japan.
Lain tempat, memang lain cara hidupnya kan.


Di Seoul juga ada sungai Cheonggyecheon
yang sejarahnya pada satu waktu dahulu sangat kotor,
kemudian kerajaan Korea menjalankan projek pembersihan sungai ini
hingga ke tahap dari "kotor sangat"' ini menjadi sungai yang sangat bersih.






Hmm rindunya nak datang ke Korea lagi.

Insya Allah saya pasti akan datang lagi.

Kalau datang lagi selain Seoul, mungkin saya akan ke Busan, Jeju
dan wilayah-wilayah lain.

No comments:

Post a Comment