Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 2 January 2017

Menikmati mee udang di Restoran Nur Zetty Changkat Jering Taiping

Dua hari lepas, sebelum balik ke Selangor, saya ajak suami ke Restoran Mee Udang Nur Zetty. Ini restoran mee udang yang agak dekat dengan rumah mertua. Sebelum tu ajak dia ke Kuala Sepetang, konon-konon nak jalan-jalan dan singgah ke Restoran Mee Udang Mak Jah, tapi suami tak berapa bersetuju atas sebab-sebab tertentu. 

Restoran ni agak dekat dengan tol Changkat Jering dan Pasar Changkat Jering. Memang setiap kali balik ke Taiping, keluar saja tol akan nampak papan tanda restoran ini.

Restoran ini perlu masuk ke dalam sikit dari jalan besar. Kami sampai, dalam jam 5.30 petang. Waktu tu tak ramai orang sangat. Lepas order menu, tak lama sangat tunggu, order pun sampai. Suami order mee udang, saya order koay tiaw ladna. Saya memang tak order mee udang. Cukuplah suami yang order, saya boleh rasa sekali.


Alhamdulillah, mee udang dia sedap. Kuah agak pekat ala-ala mee bandung. Ada rasa manis dan pedas. Udang agak banyak dan saiz besar. Siapa-siapa yang order mee udang ni mesti puas hati makan. Koay tiaw ladna dia pun sedap. Lain sikit dari koay tiaw ladna biasa sebab kuahya diorang guna rempah sup. Memang rasa macam koay tiaw sup, yang bezanya sebab kuah dia sikit berbanding koaw tiaw sup.






Koay Tiaw Ladna



Watak utama. Mee udang


Kalau anda jalan-jalan ke Taiping, nak pergi Kuala Sepetang rasa tak sempat,  singgah saja ke Restoran Mee Udang Nur Zetty.

  

No comments:

Post a Comment