Ads Top

Naracards Seoul Set

11 tempat menarik di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tempat menarik di sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Anda sedang mencari maklumat tentang kawasan peranginan yang berhampiran Negeri Sembilan? 

Saya sudah menetap di Negeri Sembilan sejak berumur 5 tahun lagi. 

Sebagai anak Negeri Sembilan, adalah menjadi satu ketidakwajaran sekiranya saya tak memperkenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Negeri Sembilan. 

Duk sibukkan tempat orang lain je kan, tempat sendiri dilupakan, haha. 

Ok saya akan ceritakan berdikit-dikit tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan. Saya mulakan dengan Port Dickson dulu. 


1. Pantai Telok Kemang


tempat menarik di Port Dickson


Telok Kemang antara tempat yang paling menjadi tumpuan orang ramai. 

Terletak 10km dari Bandar Port Dickson. 

Di sini terdapat medan selera, gerai-gerai menjual makanan dan minuman. 

sumber: www.portdickson.info


Boleh rasa coconut shake di sini. 

Boleh tahan sedap juga. 

Di sini terdapat tandas awam, wakaf untuk istirehat, restoran makanan laut.

Ada macam-macam aktiviti yang disediakan dengan bayaran dikenakan antaranya banana boat, kayak, bot laju, jet ski dan lain-lain. 

Kat sini ada bayak sangat gerai yang menjual cenderahati, kraftangan, pelampung, t-shirt dan macam-macam lagi. Memang meriah sangat di sini.

Saya pernah ceritakan pengalaman ke Telok Kemang di entry ini Singgah ke Pantai Telok Kemang.


2. Blue Lagoon Port Dickson (Tanjung Biru)



tempat menarik di Port Dickson
Blue Lagoon Port Dickson

Kenapa dia dinamakan Blue Lagoon? 

Emak saya ceritakan satu masa dulu, semasa zaman kecilnya, 
kawasan ni memang air lautnya berwarna biru. 

Memang cantik kata beliau. 

Sekarang warna biru itu sudahpun pudar. 

Tetapi Blue Lagoon tetap menjadi tempat tumpuan orang ramai sehingga sekarang. 

Bentuk muka buminya dipanggil Tanjung. 

Kerana itu juga ia dinamakan Tanjung Biru.  

Masa kita tingkatan tiga dulu, kita ada belajar tentang tanjung dan telok. Ingat lagi? 

Blue Lagoon terletak 17 km dari Bandar Port Dickson. 

Berhampiran Blue Lagoon ini terdapat Hutan Simpan Tanjung Tuan. 

Kerana itu, pengunjung akan mudah terserempak dengan binatang-binatang liar seperti monyet dan burung-burung yang migrate. 

Di Blue Lagoon mempunyai pantai yang landai, sangat sesuai untuk mandi manda, gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan cenderahati dan food court untuk makan-makan. 

Ada aktiviti berkayak dengan sedikit bayaran dikenakan.


3. Cape Rachado Lighthouse

Berdekatan Blue Lagoon terdapat rumah api iaitu Rumah Api Tanjung Tuan atau dikenali dengan nama Cape Rachado Lighthouse

Saya pernah sampai di rumah api ini berbelas tahun dulu. 

Memang cantik pemandangan yang kita boleh lihat dari rumah api ini. 

Pintu masuk ke Cape Rachado ini terletak bersebelahan PNB Ilham Resort. 

Nak datang ke Cape Rachado, kena bertabah sikit ye kerana anda perlu berjalan jauh sikit ke dalam kerana kereta tidak dibenarkan masuk dan perlu parking di luar.


sumber: http://www.portdickson.info/cape-rachado.htm






 Cape Rachado terletak di persekitaran kawasan Hutan Simpan Tanjung Tuan, kerana itu pengunjung akan terserempak dengan burung-burung yang bermigrasi, dan monyet-monyet serta lotong kelabu.  


4. Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal 



Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal

Balai cerap ini mempunyai teleskop terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara. 

Macam-macam yang anda boleh cerap di sini, antaranya melihat anak bulan, melihat planet-planet, bintang dan mendapat sedikit sebanyak ilmu falak sistem cerekawala. 

Saya sangat menyarankan anda, bawalah keluarga ke sini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti  pencerapan bulan dan bintang di sini. 

Anda akan mendapat pengalaman dan ilmu baru. 

Saya dan keluarga pernah menyertai aktiviti mencerap planet dan melihat permukaan bulan menggunakan teleskop tercanggih dan terbesar di Asia Tenggara. 

Pengalaman tersebut saya nukilkan dalam entry ini Tengok permukaan bulan secara live menggunakan teleskop.


teleskop terbesar


5. Port Dickson Waterfront






Port Dickson Waterfront terletak di bandar Port Dickson.

Di sini merupakan kawasan yang paling sibuk di Port Dickson.

Terdapat pelbagai kemudahan seperti bank, restoran makanan segera, pelbagai jenis restoran makanan laut dan lokasi membeli belah.

Terdapat banyak hotel butik bertaraf dua bintang hingga 5 bintang antaranya Boutique Waaterfront Hotel, Paradise and SPA Hotel.

Anda dapat melihat lautan membiry sekiranya menginap di hotel yang ada di sekitar sini.

Sayangnya pantai di sini tidak sesuai mandi manda kerana keadaannya berbatu-batu.

Ada tempat menarik yang boleh anda pergi untuk mengisi masa terluang sepanjang berada di sini iaitu Alive 3D Art Gallery.




kredit: www.nst.com.my


6. Pulau Burung



tempat menarik di Port Dickson
Pulau Burung yang dihubungkan dengan jambatan

tempat menarik di Port Dickson
di Pulau Burung


Pulau ini merupakan sebuah pulau mempunyai pokok-pokok bakau, terletak tidak jauh dari Pantai Cahaya Negeri

Dahulu tiada kemudahan jambatan untuk ke Pulau Burung. Pengunjung hanya dapat sampai ke pulai ini semasa air surut, dengan cara berjalan kaki.

Tetapi kini sudah ada jambatan, memudahkan pengunjung untuk terus pergi ke Pulau Burung walaupun ketika air pasang.

Pengunjung boleh buat photoshoot atau sekadar menikmati pemandangan semula di sekitar pulau ini.



7. Bukit Batu Putih

Bukit Batu Putih terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, merupakan sebuah bukit terkenal dalam kalangan pendaki bukit dan gunung.

Pemandangan di sini sangat indah jika dilihat dari atas bukit.


8. Kota Lukut dan Muzium Lukut

Kota bersejarah ini dibina pada tahun 1847 oleh Raja Jumaat ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah. Satu masa dahulu Lukut berada di bawah pemerintahan Sultan Selangor.

Dibina di atas bukit yang bernama Bukit Gajah Mati atau dikenali dengan nama Bukit Raja.

Tak jauh dari Kota Lukut telah didirikan sebuah muzium yang dinamakan sebagai Muzium Lukut.


Alamat:

Lot 730, Jalan Besar
Taman PD Jaya, 71010
Port Dickson Negeri Sembilan
Tel: 06-6512954

9. Pantai Cahaya Negeri


tempat menarik di Port Dickson
Pantai Cahaya Negeri yang hampir dengan Pulau Burung


Pantai ini tak jauh dari Pulau Burung. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti pondok rehat, tandas awam, gerai, parking yang banyak dan tapak perkhemahan.

Semasa kami ke Pulau Burung, kami sempat bersantai di kawasan ini.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperi berkelah, mandi manda, memancing dan camping  di pantai ini.

10. Pantai Saujana


Salah satu pantai yang selalu menjadi tumpuan pengunjung, kerana keadaan geografinya yang sesuai untuk mandi manda.

Pantai Saujana terletak berhadapan dengan pasar malam dan pelbagai gerai makan. Boleh dikatakan Pantai Saujana antara kawasan yang happening di Port Dickson.


11. Pantai Cermin

Pantai Cermin terletak di sebalik Tanjung Biru (Blue Lagoon).

Pantai Cermin juga menjadi salah satu lokasi yang sesuai untuk mandi manda, berkelah, berkhemah dan memancing.



Tempahan di link ini >>> Lexis Port Dickson<<<










No comments:

Powered by Blogger.