Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 8 November 2016

Pertama kali melalui Lebuhraya Timur Barat

Baru-baru ini , seminggu selepas raya haji, saya bersama suami dan keluarga mertua ke Kuala Terengganu meraikan kenduri menyambut menantu sebelah suami adik ipar (adik suami saya).  Perjalanan ke sana kami melalui lebuhraya Pantai Timur dan LebuhrayaPantai Timur II. Saya sebenarnya agak bimbang nak lalu LPT dan LPT II memandangkan terlalu banyak cerita  tak sedap didengar termasuk kemalangan ngeri dan cerita hantu. Siap berkali-kali warning suami, keluar dari lebuhraya bila maghrib hampir tiba (hahaha, dasar penakut!) Tapi suami banyak kali jugak suruh saya jangan fikir bukan-bukan. Haha. Jadi sepanjang perjalanan tu saya tak henti-henti selawat semoga perjalanan kami ke Terengganu selamat dan dimudahkan. Alhamdulillah sampai ke Kuala Terengganu dalam pukul 6 petang. 

Seronok berada di Terengganu walaupun hanya 3 hari dua malam. Saya tertarik dengan rumah-rumah kampung di Terengganu di mana persamaan pada tingkap rumah-rumah kampung mereka. Memang unik. Sepanjang 3 hari di sana, kami tak pergi ke mana-mana sangat. Hanya mandi laut (tak pasti nama pantai) dan singgah sekejap ke Pasar Payang. Di Pasar Payang saya sempat membeli kuih-kuih Terengganu buat rasa-rasa (hua tak ingat nama kuih). Lepastu sempat jugak merasa nasi kerabu pure air tangan orang Terengganu. Memang sedap sebab dia datang sekali dengan ayam bakar. 

Maaf sangat-sangat, semasa trip ke Terengganu ni, handphone saya rosak dan skrin pecah, jadi tak dapatlah bergambar sakan. Kalau tak boleh je share kat sini kan (nanges).

Selepas 3 hari, kami bergerak pulang ke Perak untuk ke rumah mertua pulak. Jadi kali ni kami melalui Lebuhraya Timur Barat pulak. Ini pengalaman pertama saya seumur hidup. Yelah dari kecil, kalau nak ke Pantai Timur, saya dan keluarga akan lalu jalan Kuala Pilah-Kuantan-Kemaman-Kuala Terengganu-Kota Bharu. 

Subhanallah cantik. Bagi saya jalan Lebuhraya Timur Barat ni mendamaikan kerana kiri dan kanan hutan belantara, kampung-kampung, kebun-kebun getah. Dari Terengganu, kami melalui kawasan-kawasan pedalaman Terengganu, Kelantan dan Perak. Macam tak percaya bila ada papan tanda tertulis Puncak Titiwangsa. Maknanya perjalanan lebuhraya Timur Barat ni melalui gunung ganang, banjaran Titiwangsa. Bila sampai di Daerah Gerik, banyak kali juga ternampak papan tanda gajah  dan binatang liar melintas. Perjalanan kami tak terserempak dengan gajah pun. Walaupun dalam hati berharap juga supaya terserempak dengan binatang-binatang liar ni (ko jangan cari pasal Sabrina. Jumpa gajah tak boleh gerak ke mana-mana! :P)


Jambatan yang melintasi Tasik Banding. Sumber mSTAR

Gajah di Lebuhraya Timur Barat. sumber belumoutdoor.com



Sepanjang perjalanan, agak rasa pening kerana keadaan geografi di lebuhraya ini yang berliku-liku dan tempoh turun naik bukit yang lama.  Terdetik dalam hati, mesti susah nak buat lebuhraya ni. Dahlah hutan tebal kiri kanan, lepastu nak buat jalanraya kat bukit bukau pulak. Rupa-rupanya memang betul, lebuhraya timur barat ni ada sejarahnya yang hebat di mana proses dan tempoh nak membinanya agak lama kerana terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh generasi terdahulu. Mereka bersusah payah dan berkorban, tenaga, keringat, air mata dan darah kerana diancam serangan komunis.

Di Gerik, beberapa kali juga melalui kawasan tasik, antaranya Tasik Banding. Memang cantik sangat. Sayangnya tak dapat ambil gambar. Lagipun waktu dah maghrib, memang tak singgahlah.
Setelah 7 jam lebih perjalanan (tak singgah mana-mana, hanya singgah di Masjid untuk solat dan Petronas sahaja), akhirnya sampailah kami ke kampung halaman suami.


Apapun, pengalaman melalui lebuhraya timur barat memang tak dapat dilupa.  Moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh-ruh insan-insan yang terkorban sepanjang membina lebuhraya ini.

No comments:

Post a Comment