Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 21 October 2016

Promosi buku rujukan sekolah menengah dan rendah sedang berlansung sekarang!

Sekarang sedang berlansung pesta lelong buku di Bookcafe yang terdiri dari pelbagai tajuk dari pelbagai kategori, antaranya kategori buku umum, buku bisnes, novel dan fiksyen, kanak-kanak dan remaja, buku indie, buku-buku rujukan sekolah dan peralatan sekolah. Yang saya nak highlightkan di sini, kepada ibu bapa yang sedang mencari buku-buku rujukan dan latihan sekolah menengah dan rendah untuk anak-anak, silalah mendapatkannya di Bookcafe. Macam jenis buku dari pelbagai penerbit ada di sini antaranya Sasbadi, Pelangi, Bestari dan lain-lain. Buku apa? PT3, SPM? UPSR? Semua ada.

Nak cari buku latihan apa? Biologi? Fizik? Kimia?  Sains? Matematik tambahan? Sejarah? Eh pendek kata, semua jenis buku ada. Tak larat saya nak senaraikan satu-satu kat sini. hahaha.










Bila cakap tentang buku latihan sekolah menengah dan rendah ni, saya teringat kenangan manis semasa belajar di sekolah berasrama penuh berbelas tahun yang lalu. Sekolah saya terdiri dari pelajar-pelajar hebat dan cemerlang. Saya pulak dari kategori pelajar biasa yang kalau nak dapat result exam yang bagus, kena usaha sungguh-sungguh. Awal-awal penggal persekolahan, result saya untuk beberapa subjek seperti geografi, sejarah dan lain-lain hanya biasa-biasa. Bukan A ye Menyedari hakikat itu, saya pun buat latih tubi menggunakan buku-buku rujukan dan latihan PMR. Siang malam pagi petang duk buat latihan je dan akhirnya peperiksaan PMR saya mencatatkan 7A. Alhamdulillah. Ini membuktikan dengan latihan yang konsisten dan sungguh-sungguh, diiringi doa dan solat hajat, kejayaan pasti milik adik-adik semua yang bakal menduduki peperiksaan di sekolah. Jangan putus asa :)


Saya doakan  kepada semua ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi, semoga dimudahkan urusan menghadapi SPM dan selamat maju jaya

No comments:

Post a Comment