Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 19 July 2016

Review Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

Tengahari tadi, ada urusan sikit di Bandar Baru Bangi, iaitu menemani adik saya berbekam di Klinik Homeopathy Dr Nik Omar. 

Kami decide nak makan tengahari sebab tunggu punya tunggu doktor homeopathy yang bertugas pada hari tu ada urusan sikit. 

Mungkin lambat sikit doktor tu sampai. 

Jadi kami pilih Restoran Mee Tarik Warisan Asli untuk makan tengahari. 

Mak saya pun ada sekali masa ni. Adik cakap dah lama teringin nak makan mee tarik.

Ini kali kedua saya makan mee tarik. 

Kali pertama di Mid Valley. 

Baiklah ikutkan saja memandangkan saya pun sebenarnya teringin jugak hahah. 

Kesian encik suami tak dapat join sebab kerja. Takpelah lain kali kita datang sini eh abang :D


Masa sampai restoran, tak ramai orang lagi, jadi tak crowded lagi. 

Selalunya bila lalu depan kedai ni mesti penuh je orang. 

Pilih meja dan duduk, dalam beberapa minit kemudian menu pun sampai. 

Ada menu lauk pauk dan menu mee tarik. Kelihatan makanan kat sini memang nampak ciri-ciri ke'cina'annya.

Hahah, tak tahu nak describe macamana,  maksudnya memang 100% masakan cina, tapi ia halal 100% sebab ownernya muslim, tukang masaknya pun muslim. 

Kat sini takde makanan asli melayu ye.

No tempoyak, no sambal belacan, no ikan keli goreng sambal, no ayam masak cili api dan seumpama dengannya. Ini sebahagian dari menu dia. 










Kami pilih dua jenis makanan saja. 

Sebab pagi tadi dah sarapan, rasa kenyang lagi. 

Lagipun portion dia besar. Kalau makan sorang memang tak habis kot. 



Ini pilihan kami. 
Saya pilih dry mee (RM9.80) adik pulak pilih Mee With Special Sauce (RM9.80).

 Saya share dengan anak saya, adik saya share dengan mak. 

Air kami pilih teh o ais limau dan air limau nipis. walaupun ada bao bao tea tapi terfikir pulak nak order. Next time la kot. 


Saya punya ada banyak mix vegetable +daging lembu yang dipotong kecil. 

Adik punya ada daging yang banyak +mix vegetable + cendawang butang.

Rasa dia?

Masya Allah sedapnyeeee


Saya punya sedap, adik punya pun sedap.
Portion dia dahlah banyak. 

Satu pinggan memang cukup makan dua orang (itupun kalau orang yang makan tu rasa cukuplah.. keh3).


Mee dia sedaplah.
Lembut, kenyal.

Lansung tak rasa macam mee yang kita selalu makan  atau  beli di kedai (mee yang diletak kapur). 

Tukang tarik mee akan tarik atau buat mee setiap kali ada order masuk. 

Untung kan? Fresh fresh punya mee.

Saya rasa kuah dia, dia guna air rebusan daging. 

Tak terlalu masin. Ada rasa manis mungkin sebab air rebusan daging. 

Adik punya pun sama. Kuah dia rasa macam kuah spaghetti yang manis+masin. 

Kesimpulan memang cukup rasa.

Tapikan ada satu kepelikan. 

Dalam website dia, dry mee dia takde kuah. tapi kami dapat yang ada kuah. 

Adik saya cakap, sebijik rasa dia macam mee tarik yang dia makan di China dulu. 

Adik saya pernah duduk di China mendapatkan rawatan hospital di sana selama sebulan.

Selalu juga makan masakan chinese muslim di China.




Pinggan yang ada sudu tu adik saya punya. Tengok, memang mewah dengan daging dan sayur-sayuran

Ini saya punya. Sedaaaap 


Untuk menu-menu dia yang lain, boleh tengok di website Mee Tarik Warisan Asli


Insya Allah nanti boleh datang sini lagi rasa menu lain pulak. 

Siapa-siapa yang berhajat nak makan sini, ini alamatnya


Alamat: No 3A-47-01, Jalan Medan Pusat Bandar Bangi Sentral, 
43650 Bandar Baru Bangi Selangor
No telefon: 0389229168


Waktu operasi 11.am-11.pm




1 comment: