Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 16 June 2016

Resepi ayam masak kicap pedas yang viral di FB memang sedap




Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


Baru-baru ni saya ada mencuba resepi yang hangat diviralkan di FB iaitu ayam masak kicap pedas.  

Dan sumber asal Puan Selvanayagi Rajalingam dari group MASAK APA HARI NI

Sajelah nak cuba bila baca komen-komen yang cakap resepi ni memang sedap. 

Maka saya dengan gigihnya pergilah kedai dan beli bahan-bahan yang takda dalam peti ais. 

Sebenarnya semua bahan-bahan dah ada, cuma yang takda, daun kari saja.

Bila dah siap masak dan rasa, mak oii sedapnyeeeeee.

Serius sedap. Tak tipu.

Lain dari ayam masak kicap yang saya selalu buat. 

Saya rasa la kan yang membuatkan resepi ayam masak kicap pedas ni sedap ialah daun kari dan cili kering yang ditumis. 

Dan juga bahan dan teknik perapan ayam selama setengah jam (rasanya lagi lama perap lagi meletup, tapi saya buat setengah jam saja). 

Anda mesti teruja nak cuba kan. 
Haaa, meh saya kongsi resepi. 

So kredit resepi dan semua gambar yang saya kongsi ini kepada Puan Selvanayagi Rajalingam iaitu tuan asal resepi yang tak lokek kongsikan resepi ayam masak kicap pedas ni pada umum ye. 

Bahan-bahan

Beberapa ketul ayam
Tomato setengah biji

Bahan untuk perap ayam

Serbuk cili (1 sudu besar atau lebih kalau lebih pedas)
Kicap tamin dark soy sauce
Bawang putih 6-10 ulas (blend halus atau tumbuk)
1 inci halia (blend atau tumbuk sekali dengan bawang putih )
Secubit garam (tapi kicap dah masin. tak payah letak pun takpe)

Untuk tumis

Bawang besar sebiji (hiris)
Bawang putih 5 ulas (hiris)
1 inci Halia (hiris)
Daun kari (saya guna 20 helai)
5-6 cili kering 

Cara-cara, rujuk gambar ye

letak garam sikit
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

letak serbuk kunyit.  Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 


letak serbuk cili, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus.
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 


kicap tamin
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 


rendam/perap ayam dengan kicap +bawang putih+halia+serbuk cili+serbuk kunyit
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

untuk tumis. bawang putih+cili kering+halia+bawang besar+daun kari
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

tumis kayu manis +bunga lawang dulu
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

lepastu masukkan daun kari+cili kering+bawang putih+halia
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

tumis sampai layu macamni
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

masukkan setengah biji tomato pulak
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 


masukkan ayam yang diperap
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam 

tutup periuk supaya masak sekata
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam

masukkan  lebihan kuah perapan ayam tadi dan teruskan masak sampai ayam-ayam betul masak ye
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


ok ni rupa bila dah siap. sedapnya, nyum-nyum
 Kredit gambar: Puan Selvanayagi Rajalingam


Ok, silalah cuba untuk juadah berbuka puasa nanti.


Jom dapatkan buku yang menarik ni. Klik sini untuk order Chef Hanieliza 77 Resepi Pressure Cooker


4 comments: