Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 20 June 2016

Pengalaman kekal bertenaga sepanjang berpuasa walau tak makan nasi

Pengalaman saya  kekal bertenaga semasa berpuasa walau tak makan nasi. Sejak 1 Ramadhan lagi, saya sangat jarang makan nasi ketika bersahur. Boleh dikatakan setiap hari saya akan makan roti fiber bersama dengan telur (atau apa-apa protein), atau dicicah dengan air koko dan susu. Inilah rutin saya sepanjang bulan Ramadhan ni. Dulu-dulu saya memang jenis tak boleh tinggal makan nasi semasa sahur. Tapi saya perasan kalau makan nasi saja saya akan cepat letih, rasa lemau dan rasa haus sangat (walau minum air banyak). Berbeza jika saya ambil serat (fiber), saya rasa kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Bila buat carian maklumat di google, baru tahu kalau makan roti fiber dia akan beri kita tenaga berpanjangan. Ada beberapa lagi makanan seperti oat dan tamar pun bagus diambil semasa sahur.





Menurut artikel ini A healthy Ramadan antara makanan yang memberikan tenaga berpanjangan ialah fiber seperti oat. Makanan jenis fiber lambat hadam maka badan kita akan dapat menyimpan tenaga dengan lebih lama.

Ikut pengalaman saya, sahur dengan beberapa biji kurma/ tamar juga boleh bantu beri tenaga berpanjangan. Kalau tak percaya, anda boleh cuba esok masa sahur ye :)

Pendapat saya, bukanlah tak boleh makan nasi. Boleh saja, tapi cuba gabungkan dengan makanan yang disebut di atas. Makan nasi lepastu makan  at least 3 biji kurma ke, atau ambik nasi suku pinggan lepastu boleh makan roti fiber sekeping dua ke. Pernah juga ada satu hari tu bekalan roti fiber habis, saya ambil nasi dan tamar 3 biji. Alhamdulillah, masih kekal bertenaga juga.


Kalau boleh masa sahur tu, janganlah minum kopi atau teh. Minum air kosong saja lagi bagus. Teh dan kopi kan diuretik. Lagi cepat air hilang badan kita akan kurang air seterusnya akan jadi cepat letih.

Roti fiber juga bagus untuk turunkan berat badan tau, terutama mereka yang berazam nak dapat berat ideal semasa raya. Alhamdulillah saya dah turun beberapa kilo. Sukaaa :D


No comments:

Post a Comment