Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 5 March 2016

Kenangan masa kecil: tandas di luar rumah


Semenjak dua menjak ni terasa rindu kat kampung halaman ayah saya. Teringat kenangan masa kecil bila balik kampung. Kampung abah di Batu Pahat. Selepas nenek dan datok meninggal, rumah tu dah jadi rumah adik abah yang bongsu. Makna kata rumah bapa saudara saya.
 Rindu kat kampung tu memang rindu. Kenangan masa kecil ini yang kuat dalam ingatan.


Teringat masa kecil-kecil dulu, waktu tu, rumah nenek dan datok masih rupa macam rumah kampung yang original. Maksudnya, bahan binaannya 90% kayu, dapur masaknya jenis dapur arang. Ada tiang-tiang yang menampung rumah, ada tangga di hadapan rumah dan dalam rumah. Dan tandasnya di luar. Ada dua tandas. Satu tandas untuk mandi, satu lagi tandas untuk buang air besar. Tandas buang air besar ni nun jauh di belakang rumah, dalam kawasan kebun kelapa sawit.  

Bila nak mandi, takda masalah sangat sebab tandas untuk mandi tu terletak berhadapan rumah datok dan nenek. Tapi yang takutnya, bila nak buang air besar malam-malam, terpaksalah meredah kegelapan. Dan agak tak best kalau nak guna tandas belakang, perlu angkut air sebaldi. Kami adik beradik ni, confirmlah takut dan kena ada orang teman setiap kali nak guna tandas tu. Sape lagi kalau abah yang teman. Hahaha. Masa tu saya umur dalam 6-7 tahun kalau tak silap.




Bila kami balik kampung, biasa akan tidur beramai-ramai kat ruang tamu, lebih-lebih lagi bila nak raya, adik beradik abah kebanyakan akan balik kampung, rumah jadi sedikit sempit dan padat. Sempit-sempit pun itu yang meriah. 

Sekarang ni rumah tersebut dan renovate 90%. Bahagian dapur guna dapur gas. Bahagian ruang hadapan sekali yang asalnya kayu dah ganti batu. Dah takde tangga tinggi. Dah takde tiang-tiang. 

Memang kenangan betul la.Malangnya gambar kampung pun takde dalam simpanan saya. Walau kehidupan di kampung dulu macam susah sikit, tapi itu yang manis sebenarnya.  Kenangan masa kecil walau sudah berpuluh tahun berlalu insya Allah tetap kekal dalam memori. 










5 comments:

  1. Layan lagu Wheels (Dalam kenangan) pun best gak nih :D

    ReplyDelete
  2. Memang best saya pun tringat jugak zmn kecik2 dlu kg kampung tandas luar klu hari siang xde lh perasaan takut tu timbul tp bila malam klu perut meragam..tambah pulak klu masa tu tgh tgk cerita seram..cerita sundel bolong pulak tu..lakonan suzzana tak taulh mcmna nk ckp..pnh gak thn sakit tu smpi subuh bila azan subuh berkumandang je...lapang perut..hehe

    ReplyDelete
  3. Memang best saya pun tringat jugak zmn kecik2 dlu kg kampung tandas luar klu hari siang xde lh perasaan takut tu timbul tp bila malam klu perut meragam..tambah pulak klu masa tu tgh tgk cerita seram..cerita sundel bolong pulak tu..lakonan suzzana tak taulh mcmna nk ckp..pnh gak thn sakit tu smpi subuh bila azan subuh berkumandang je...lapang perut..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh mlm mmg kecut perut nk g toilet haha

      Delete