Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 August 2015

Tips jika anak demam



Selalu kita terjumpa atau ditanya soalan-soalan oleh rakan-rakan "anak saya demam, apa patut saya buat ye?


Insya Allah saya nak kongsikan beberapa tips sekiranya anak disyaki demam. Tips-tips ni saya dapat hasil dari pembacaan, perkongsian dari individu yang berpengalaman, dan nasihat dari doktor dan anggota kesihatan. 


1. Cek suhu dengan termometer. 

Penting untuk setiap rumah mempunyai satu termometer. Terpulanglah anda nak simpan termometer yang jenis mana. Kalau mampu, belilah termometer yang mahal sikit dan canggih. Kalau rasa taknak beli yang mahal, beli yang biasa-biasa pun takpe. Yang penting tujuannya beli termometer tu boleh sukat bacaan suhu, bukan untuk hiasan ok.






2. Bila confirm anak demam. Tukarkan baju yang lebih nipis atau sekiranya ia demam panas ( suhu 38 ke atas), buka semua baju dan pakaikan hanya pampers atau seluar pendek (tips ni saya dapat dari doktor). Jangan selimutkan atau pakaikan pakaian tebal, dikhuatiri boleh meningkatkan suhu. Saya sendiri pernah bedung anak yang ketika itu baru beberapa hari dilahirkan (semasa dia demam). Tindakan  membedung tu  membuatkan suhunya naik. Atas nasihat doktor, terpaksalah buka bedung dan pakaikan pampers dan pakaian nipis saja.

Demam ringan: 37.5- 37.9

Demam panas: 38- 39.

Demam yang terlalu panas: 40 ke atas


3. Lembapkan/ jelum badan anak sekerap yang boleh untuk kawal dan turunkan suhu. Bahagian kepala, dan celah-celah pelipat dimana haba panas berkumpul seperti celah ketiak, celah paha dan kangkang (tips ni saya dapat dari jururawat).


4. Kalau demam panas atau terlalu panas (suhu 38-40 ke atas), terus mandikan dengan air suam dan bagi ubat PCM atau suppository (masuk ikut punggung).  Kenapa kena bagi ubat ni? Sebab nak turunkan suhu. Bila demam terlalu panas, ia bahaya untuk badan. Enzim badan boleh rosak, boleh kena sawan dan kecacatan otak. Paling teruk boleh bawa kematian. Kalau suhu anak saya dah mencecah 38, memang tak lengah-lengah lagi bagi makan PCM. Kalau suhu tak turun juga, segeralah ke hospital. Jangan berlengah lagi. 


Ubat suppository


5. Sediakan makanan berbentuk cecair dan lembut seperti bubur nasi atau sup ayam atau daging atau sup tulang yang direneh. Pada fasa demam ni, badan memerlukan tenaga untuk sembuh. Sekiranya kita beri nasi biasa dan makanan berat, badan terpaksa menggunakan tenaga yang banyak untuk proses pencernaan. Sup dan bubur nasi juga mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh.seperti protein, vitamin dan mineral. Lagi bagus bubur dan sup yang dimasukkan pelbagai bahan berkhasiat seperti halia, bawang putih, bawang besar, bahagian daging ayam atau daging lembu yang bertulang. Lagi lama direneh lagi bagus.



6. Banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi dan buang toksin.


7. Kalau demam berlarutan melebihi 3 hari, dan anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti  lemah, tidak aktif, tiada selera makan, nafas yang tersekat-sekat atau tanda-tanda lain membimbangkan, segeralah bawa ke hospital untuk buat ujian darah. 

No comments:

Post a Comment