Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 22 March 2014

Bahan asas penyediaan EBM

Teks: Nur Sabrina binti Mohd Arip

Saya pernah ditanya oleh salah seorang customer saya. Apa barang-barang yang diperlukan dalam proses penyediaan EBM bila sudah mula bekerja?

Baiklah. Saya ingin perkenalkan kepada anda, ibu-ibu yang bakal menerima cahaya mata pertama tidak lama lagi. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan dan persiapan.


1. Breastpump


Untuk sesi perahan susu ibu, antara barang yang diperlukan adalah breastpump. Susu boleh juga diperah melalui teknik marmet (perahan tangan), tetapi kepentingan breastpump juga tidak boleh diketepikan memandangkan ia alat yang boleh menjimatkan masa memerah bagi ibu-ibu yang sibuk dengan kerjaya.

Banyak jenis breastpump yang ada di pasaran. Terdapat 3 kategori pam iaitu pam manual, pam bateri dan pam elektik. Pam yang sering menjadi pilihan ibu bekerjaya adalah pam jenis eletrik. Walaubagaimanapun masih ramai ibu berkerjaya yang berjaya menggunakan pam manual sepenuhnya dalam proses penyediaan EBM mereka.

2. Cooler Bag



Cooler bag digunakan untuk menyimpan EBM sementara ia disimpan di dalam peti sejuk beku. Biasanya ia digunakan apabila ibu-ibu memerah susu di pejabat dan perlu membawa susu tersebut pulang ke rumah. 


3. Ice pack




Ice pack wajib diisi di dalam cooler bag yang mengandungi EBM agar suhunya dapat dikekalkan lebih rendah dari suhu bilik.

4. Breastmilk Storage Bags & Bottles



Breastmilk storage & bottles adalah bahan yang paling penting untuk penyimpanan EBM, tetapi ia terpulang pada diri anda untuk menggunakan storage jenis apa. Tidak semestinya menggunakan bag atau botol, ada pilihan lain jika anda mahu. Saya sendiri pernah menggunakan bekas dadih untuk menyimpan EBM kerana pada waktu itu anak saya dimasukkan ke nicu, jadi saya membuat keputusan hanya menggunakan bekas yang murah-murah sahaja kerana ia tidak dipulangkan selepas dikendalikan oleh jururawat di hospital.

Inilah bahan-bahan asas untuk penyediaan EBM. Insya Allah saya akan ceritakan lebih lanjut bahan-bahan sampingan lain dalam proses penyediaan EBM dalam artikel yang akan datang.

No comments:

Post a Comment