Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 March 2014

Bersyukurlah menjadi suri rumah

Bismillah wal hamdulillah






Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan dan suara-suara sedih dari sebilangan suri rumah yang merasakan malangnya hidup mereka kerana tidak bekerja, tidak punya masa untuk bersosial bersama rakan-rakan, sering dihadapkan dengan kerja-kerja rumah yang berlonggok tanpa ada sesiapa yang membantu,  bosan hanya duduk di rumah melayan kerenah anak, tidak punya wang yang banyak untuk membeli belah, tidak dapat berjalan-jalan ke pusat membeli belah pada waktu rehat seperti mana mereka yang bekerja, merasa rendah diri dan malu bila memperkenalkan diri sebagai suri rumah dan pelbagai lagi rungutan. 

Allahuakbar. Menjadi seorang suri rumah. Inilah nikmat yang harus kita syukuri kerana di saat kita berasa malangnya menjadi seorang suri rumah ada ramai isteri dan ibu yang bekerja dan ingin sangat menjadi seorang suri rumah. Saya ingin kongsikan perbualan saya di Facebook dengan seorang sahabat yang bekerja sebagai doktor dan teringin sangat menjadi suri rumah.

ANA
Heee...
Sab sekarang mmg full time wahm ke?

Nur Sabrina
ya Ana
ANA
Wahhh...bestnya
Jeles dengan sahabat-sahabat yang dapat jadi wahm ni

Nur Sabrina
kerja Ana pun best

ANA
Ana setiap hari berperang dengan hati nak pergi kerja...huhu

Nur Sabrina
oo sebab ada anak-anak eh

ANA
Tapi ana takda banyak msa dengan anak suami keluarga

Nur Sabrina
sayang nak tinggal anak eh

ANA
Betulll

Nur Sabrina
besarnya kan pengorbanan doktor ni
ANA
Kadang-kadang anak-anak sendiri sakit kat rumah tapi tak boleh jaga.
Huhu

Nur Sabrina
Faham. Sebab sab penah nampak macam mana doktor di NICU berkerja

ANA
Terima kasih sab sebab memahami...
Tempat ana houseman kerja 7 hari seminggu sab

Nur Sabrina
Itulah... semoga ana tabah ye
kuatkan semangat

ANA
Kalau ikutkan rasa hati ana, memang macam taknak kerja dah 

Wahm pun satu bidang yang mencabar bahkan mulia
Wahm kadang-kadang jana duit lebih banyak daripada yang berkerja kat luar

Nur Sabrina
ana duduk dengan suami dan anak-anak eh
selalu ke ana oncall?
ke houseman kena kerja setiap masa?

ANA
Suami kat Bangi. Dia berulang alik ke Kuching je

Nur Sabrina
Allah
tabahnya
ana taknak pindah Bangi ke?

ANA
Kami memang kena kerja setiap hari Sab. Oncall 2 kali seminggu
Memang nak pindah sangat
Tapi sekarang ana duduk dengan mak abah kat Kuching sebab senang ada org tengokkan anak-anak bila ana kerja dan oncall

Nur Sabrina
oo


ANA
Ana keluar rumah sebelum subuh. Balik rumah bila dah malam. Kalau oncall sebelum rumah langsung
Tak balik rumah lansung


Nur Sabrina
ooo
ANA
Klu takda family tengok anak tak tau la apa nasib anak-anak ana

Nur Sabrina
betul
semoga ana kuat ya
cayok
ni sekarang tengah cuti ke

ANA
Ana ambik cuti 3 hari. Esok masuk kerja balik dah
Dua-dua anak ana demam. Dah seminggu.
Beratnyer hati nk keje esok. Oncall plak tu esok

Nur Sabrina
Faham.

ANA
Mmg tak balik rumah la

Nur Sabrina
Sian ana. Tabahkan hati ya
pahala besar tu
sab nak bagi semangat kat ana ni
cayok-cayok

ANA
Ok la sab
Sab pun sama
Moga berjaya menjadi Wahm terbaikkk

Nur Sabrina
Amin
Terima kasih Ana

ANA
Terima kasih juga bagi semangat kat ana


Perbualan saya dengan sahabat saya ini telah mengetuk hati saya kita perlu banyak-banyak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana nikmat yang kita miliki pada waktu ini sememangnya tidak semua orang mampu miliki. Contohnya sahabat saya ini, dia perlu memenuhi tuntutan bekerja memberi khidmat kepada masyarakat dan ia juga fardhu kifayah di mana doktor perempuan sangat dituntut untuk menyambut kelahiran bayi di hospital.  Bersyukurlah wahai suri rumah kerana kita punya banyak masa bertemu dan berada di sisi suami, mengajar, mendidik anak dan menyediakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk mereka,memantau kerja sekolah anak-anak,  melihat anak membesar di depan mata kita sendiri, dapat menjaga makan minum ahli keluarga dengan tangan sendiri, dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada sakit pening anak-anak dan suami.  Menjadi suri rumah juga adalah peluang untuk kita membantu suami  menjana pendapatan dari rumah, dengan cara yang 'flexible' . Jadikan gelaran suri rumah ini sebagai satu peluang untuk kita menjana pahala sebanyak-banyaknya. Bersyukur dan terus bersyukur, dan yakinlah Allah akan melimpahkan seribu nikmat lagi atas kesyukuran kita ini.



 

No comments:

Post a Comment