Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 21 March 2018

5 penginapan di Pantai Bagan Lalang Sepang yang selalu menjadi tumpuan orang ramai

Penginapan di Pantai Bagan Lalang Sepang.

Dah lama nak cerita tentang penginapan yang ada di Bagan Lalang
memandangkan Bagan Lalang merupakan salah satu kawasan yang boleh dikatakan dekat dengan rumah saya di Bangi.

Kalau tak bermalam pun, saya akan pergi untuk jalan-jalan di tepi pantai mengambil angin. 

Penginapan yang saya senaraikan di bawah merupakan penginapan yang popular lebih-lebih lagi di cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. 

Untuk sesiapa yang sedang mencari penginapan di Bagan Lalang,
saya senaraikan 5 penginapan popular.

1. Avani Sepang Gold Coast Resort.




Harga resort ini harganya agak keras sedikit memandangkan ia resort bertaraf 5 bintang. Walaupun harganya keras, resort ini popular dan selalu full booked. Boleh kumpul duit tabung sikit sikit bila dah cukup boleh pecahkan tabung dan menginaplah di sini bersama keluarga. View dia memang superb dan mendamaikan. 

Boleh beli voucher percutian di sini >>> Avani Sepang Gold Coast Resortt<<<



2. Hotel Seri Malaysia

penginapan di Bagan Lalang Sepang


Hotel ini  di antara hotel paling popular kepada pengunjung yang datang ke Bagan Lalang. 

Ia tidak terletak d tepi pantai tetapi pengunjung masih boleh ke pantai melalui jambatan kecil yang terletak di belakang hotel. 

Pihak hotel juga ada menyediakan kolam mandi  sekiranya pengunjung tidak mahu mandi di pantai.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-31412918 

Atau booking terus di sini Seri Malaysia Bagan Lalang


3. Seri Bayu Resort Hotel

penginapan di Bagan Lalang Sepang
penginapan jenis studio







Resort ini menyediakan penginapan berbentuk studio dan apartment yang sangat sesuai untuk percutian yang disertai oleh ahli keluarga yang ramai. 

Resort ini juga menyediakan kolam mandi dan tapak untuk mengadakan berbeque.

Booking di sini Seri Bayu Resort Hotel


4. Camar Laut Resort 

penginapan jenis suite


penginapan jenis chalet


Camar Laut merupakan satu resort yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. 

Di sini terdapat penginapan dengan jenis bilik yang pelbagai iatu bilik suite, bilik standard, chalet single, dan chalet berkembar. 

Bilik suite dan bilik standard terletak di bangunan baru manakala chalet single dan chalet berkembar merupakan penginapan berbentuk chalet yang diperbuat dari kayu. 

Memang unik kan. Dalam setiap chalet pula ada bilik, sama ada 1 bilik atau dua bilik.

Untuk tempahan anda boleh hubungi talian 03-31411912


5. Kompleks Agrotourism PNK Resort 


deretan chalet

Resort ini diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan.  

PNK mempunyai banyak chalet di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Terdapat penginapan berbentuk chalet dan dorm.

Mereka menyediakan dewan untuk seminar sekiranya ada  agensi yang mahu mengadakan kursus atau seminar di sini. 

Mereka juga  menyediakan tapak barbeque dengan sedikit bayaran.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi talian 03-31413182

Alamat; Persatuan Nelayan Kawasan Sepang, 
Kompleks Agroutourism
Bagan Lalang, Sungai Pelek
Selangor





No comments:

Post a Comment