Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 15 March 2018

4 hotel di Pantai Cenang Langkawi yang selesa untuk percutian keluarga

4 hotel di Pantai Cenang Langkawi yang selesa untuk percutian keluarga

Pantai Cenang selalu menjadi pilihan keluarga saya sekiranya kami ingin bercuti di Langkawi.



Kerana di sana banyak penginapan yang harganya berpatutan dan sesuai untuk budget kami.

Tambahan pula, lokasi Pantai Cenang sangat strategik di mana kami mudah untuk mencari kedai makan, kedai runcit, mesin atm,  membeli cenderahati
dan menikmati pemandangan pantai sambil mandi manda  di sana.

Di sini saya senaraikan hotel dan penginapan yang ada di sekitar Pantai Cenang yang mendapat markah tinggi di apps.



Markah ini bukan diberikan oleh apps tetapi diberikan oleh pengunjung-pengunjung
yang pernah bermalam di hotel-hotel tersebut. 



1. Cenang Beach Plaza Hotel


hotel di Pantai Cenang
hotel di Pantai Cenang


Penginapan yang sesuai untuk keluarga.

Hanya 140 meter untuk ke pantai.




Mempunyai bilik yang selesa lengkap dengan penghawa dingin.

Anda tidak perlu risau dengan makanan kerana terdapat banyak kedai makan dan restoran makanan segera berhampiran dengan hotel ini.



Restoran Pizza Hut hanya berada di bawah hotel.



2. Nadias Hotel Pantai Cenang







Nadias Hotel Pantai Cenang merupakan hotel 3 bintang.


Dilengkapi kolam renang tertutup dan kolam renang untuk kanak-kanak, bilik yang selesa dan dilengkapi wifi di semua bilik, kedai runcit yang terdapat dalam kawasan hotel
juga pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam.

Anda akan mendapat sarapan percuma sekiranya menginap di Nadias Hotel Pantai Cenang.



3. Best Star Resort






Terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Cenang, anda boleh bermalam ditemani dengan bunyi deruan ombak yang mengasyikkan.

Terdiri dari 115 buah bilik yang dilengkapi wifi, televisyen skrin rata, penghawa dingin dan kolam renang yang terletak di kawasan penginapan.

Resort 3 bintang ini mendapat rate di apps sebanyak 7.0 iaitu sangat bagus oleh pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di sini.



4. Paretto Seaview Hotel




Hotel 2 bintang ini terletak di tengah-tengah Pantai Cenang dan mendapat rate tinggi dari pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di sini.


Terdapat 35 buah bilik yang dilengkapi Wi-FI, tempat letak kereta dan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang.



Pengunjung boleh menikmati sarapan percuma apabila menginap di sini.





Walaubagaimanapun, selain hotel yang tersenarai di atas 
sebenarnya masih banyak hotel lagi 
yang menyediakan kualiti perkhidmatan yang baik. 

Saya hanya senaraikan sebahagian sahaja. Insha Allah senarai ini akan dikemaskini lagi pada masa akan datang.





No comments:

Post a Comment