Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 18 January 2018

Tempah hotel dan membeli belah di laman Air Asia Big untuk kumpul Big Points

Khas untuk kaki travel yang sentiasa mencari peluang membeli tiket penerbangan dengan  harga jimat. Tempah hotel dan membeli belah di laman Air Asia Big untuk kumpul Big Points. Seronoknya rasa bila dapat tahu yang sekarang telah banyak peluang untuk kaki travel kumpul Big Points, dengan cara yang mudah. Contohnya kalau tempah hotel di Booking.com, setiap USD1 kita belanjakan kita boleh dapat 4 Big Points. Di Agoda pun sama juga. Tempah di Agoda dan akan dapat 1 Big Points setiap MYR1 kita belanjakan. 






Katakan anda nak buat tempahan hotel di Port Dickson di laman web untuk dua bilik, satu malam katakan harganya RM280. Anda tempah dua bilik jadi total semua RM560. Jadi anda dah dapat kumpul lebih kurang 500 points. Memang lumayan pada saya. Senang-senang je boleh dapat banyak point macamtu. Kalau nak beli tiket bas, tiket keretapi atau ferry pun boleh sangat. Dapat 1 Big Points juga untuk setiap MYR1 yang kita belanjakan. Siapa nak bagi points banyak macam tu? Kan kan.

Selain tu nak beli barang seperti handphone, barang eletrik, pakaian dan lain-lain beli boleh dapatkan di 11street,  Fashionvalet dan Uniqlo.


Langkah-langkah mendapatkan Big Points dari laman web Air Asia Big

1. Masuk laman web https://www.airasiabig.com. Kalau belum jadi ahli Big Loyalty Air Asia, sila daftar dulu di link "Big Membership"




2. Dah ada Big ID boleh login ke website Air Asia Big

3. Jika nak membeli belah, klik "Estore''. Ada macam-macam e-store yang anda boleh masuk antaranya 11street, Fave, Photobook dan lain-lain.

4. Jika nak tempah hotel, tiket bas atau keretapi dan lain-lain, klik "Travel".  Ada banyak website tempahan hotel yang anda boleh pilih antaranya Agoda.com, Booking.com, Hotels.com dan beberapa yang lain.

5. Nak shopping pakaian? Klik "Lifestyle'' dan pilih estore mana yang anda berkenan.













Pendek kata jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kumpul Big Points.Yang penting kena log ini melalui website Airasiabig.com. Jangan terlepas pandang pula.  Ada rezeki boleh redeem  tiket penerbangan Air Asia.




No comments:

Post a Comment