Cara kumpul Big Points Air Asia secara percuma

by - 20:16:00

Cara kumpul Big Points Air Asia secara percuma. Sejak dua menjak aku jatuh cinta dengan dunia travelling ni,  aku dah mula kumpul big points. Antara cara yang aku dah mulakan, daftar Kad Mesra Petronas, daftar Kad Meriah Mydin, book hotel dan beli barang melalui laman Airasiabig.com, kumpul treatpoints Maybank. Aku bukannya orang kaya yang bila-bila nak travel aku boleh petik jari je hahaha. Tapi best jugak usaha kumpul big points, aku rasa adventure. Seolah-olah rasa macam "bila kau nakkan sesuatu, kau kenalah usaha sungguh-sungguh''.





Ada satu cara untuk kumpul Big Points secara percuma. Ya percuma, tak perlu keluarkan sebarang modal pun. Mungkin modal internet jelah kot.  Daftar di laman web YouGov dan jawab soalan-soalan survey yang dia bagi. Aku baru je siap satu survey dia bagi 100 points. Cukup 5000 points, korang dah boleh redeem dengan BIG POINTS Air Asia, dapat 2500 Big Points. Best kan? Best sebab percuma! ahaha. 

Mula-mula, buat pendaftaran di link ini --> Pendaftaran YouGov.



Link affiliate 

Yang bestnya bila korang register, korang akan dapat 1 url atau link unique untuk korang hebahkan pada rakan-rakan lain. Kira macam link affiliate la.  Kalau diorang register melalui link korang, cukup diorang jawab 6 survey, korang akan dapat 200 points percuma. Memang best. Free-free je dapat points yang boleh redeem dengan Big Points Air Asia. Siapa nak bagi kan?


You May Also Like

0 Komen