Makan-makan di Restoran 9 Lakes Garden, Taman Tasik Jaya Seremban

by - 19:03:00


Restoran 9 Lakes ini terletak di Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Poskod dia tertulis di Seremban. Tapi disebabkan lokasinya di Taman Tasik Jaya, jadi saya katakan lokasinya terletak berhampiran Senawang, dekat dengan Lavender Heights dan Kampung Sentosa Paroi. Jadi boleh agak tak di mana restoran ini terletak? Restoran 9 Lakes ini sangatlah dekat dengan rumah mak abah saya. Tak sampai 500m rasanya. Dari pagar rumah mak abah saya boleh nampak lip lap terang benderang restoran ni. Memang nampak meriah. Amacam ada gaya pengacara jalan-jalan cari makan tak? Ahaha


















Menu yang dihidangkan sama macam restoran lain cumanya portion dia besar. Kalau makan sorang memang kenyang sangat. Contoh menu yang ada, mee goreng, koay tiaw goreng, nasi goreng. Makanan western pun ada antaranya chicken chop, fish and chip, fries, burger dan lain-lain.  Dan presentation dia tu nampak agak menarik. Beberapa kali juga dah makan di sini dan antara menu yang saya pernah rasa Chicken Chop dan Fish and Chip. Rasa Chicken Chop yang mereka sediakan unik sebab mereka salut dengan rempah ratus seperti jintan manis dan biji ketumbar. Fish and Chip dia pun not bad. Ini menu yang abah saya suka sangat. Kalau makan di sini mesti order Fish and Chip. Harganya pun lebih kurang macam di restoran lain juga.

Yang paling saya suka, ambience dia lah. Dia start operasi petang hingga malam. Penuh dengan hiasan lampu dan tema dekorasinya "makan dalam taman". Suasananya pun hening dan romantik.  Kalau korang nak sambut anniversary, restoran ni sangatlah sesuai sebab cara susun atur kerusi meja dia tu nampak ekslusif dan privacy. Dia tak hingar bingar dan bingit macam sesetengah restoran lain yang bila korang bersembang, meja sebelah pun boleh dengar apa yang korang sembangkan.





Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering kalau korang nak buat majlis makan-makan, majlis pertunangan, akikah dan lain-lain. Boleh dapatkan maklumat lanjut dalam facebook page mereka.

Waktu operasi : 5 petang- 11.30 malam

Alamat:
26, Jalan Bunga Raya 13, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 
011-2332 0309

You May Also Like

0 Komen