Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 9 December 2017

Pengalaman menginap di rumah AirBnB, Osaka

Pengalaman menginap di rumah AirBnB, Osaka. Semasa kami di Osaka, kami menginap di rumah AirBnb selama 8 hari 7 malam.


Alhamdulillah selesa dan muat untuk trip member kami yang seramai 14 orang ni.


Sebenarnya agak susah nak cari rumah penginapan yang boleh memuatkan ramai-ramai macamni.

Rumah ni 4 tingkat. Tingkat atas sekali roof top.

Bilik ada 3 buah dan satu ruang tamu dan dapur.

Di tingkat dua ada dapur dan ruang tamu.



Bila tengok rekabentuk dari luar dan dalam rumah, kagum dengan masyarakat Jepun.

Mereka boleh bina rumah di atas keluasan tanah yang terhad.

Mereka nak guna ruang yang banyak tapi tanah pula terhad.

Jadi solusinya bina rumah bertingkat macamni.


Bahagian dalam tidaklah besar tapi mereka pandai manfaatkan ruang.

Bilik tidur di tingkat 1 dan tingkat 3, ruang tamu, dapur dan ruang makan di tingkat dua.

Bilik mandi di tingkat 3, toilet di tingkat 1 dan tingkat 2 (luar dari ruang makan dan dapur, betul-betul berhadapan dengan tangga).


Boleh bayangkan tak uniknya rumah diorang ni?

Cumanya tangga dia agak curam.

Kena hati-hati bila turun naik tangga. 






pemandangan bahagian depan rumah

pemandangan bahagian depan rumah



Dapur 

Dapur  lengkap dengan microwave, periuk nasi, kettle, meja makan, dapur gas dan peti ais, heater dan sinki.








Toilet

Toilet kering ada dua. Toilet kering ni khas untuk buang air kecil dan buang air besar.

Satu toilet kering ada bidet.

Satu lagi takde bidet. Yang takde bidet ni pepandailah kalau nak bersuci. 

Tapi disebabkan takde bidet kami jarang guna toilet tu.



Toilet kering ni kepantangan dia lantai tak boleh basah. Kat lantai dia takde laluan air pun.

Kalau  tersimbah air kat lantai, kena bertungkus lumuslah keringkan.

Pernah sekali jadi kat saya masa cebokkan anak.

Najis dia bersepah kat lantai dan saya terpaksa bersihkan najis dan jirus air di lantai toilet kering tu.

Banjir dibuatnya lantai toilet sebab takde laluan air.

Menangis nak lap. Hahaha

Satu lagi bilik air basah yang digunakan untuk mandi manda.

Yang ni takpe kalau nak basah-basah pun.

Ada shower dan bath tub juga.

Shower cream dan shampoo juga disediakan tau.

So total semua toilet dua, bilik air satu. 


Dekat dengan Family Mart

So far pengalaman menginap di rumah ini best sebab kawasan ni dekat sangat dengan family mart.

Kalau nak beli apa-apa, menapak je. Family Mart dibuka 24 jam.

Adik beradik saya, kejap-kejap pergi Family Mart beli air.

Mentang-mentanglah dekat. Convenience store di Jepun memang banyak.

Mudah sangat nak jumpa convenience store di mana-mana.

Antara convenience store yang saya biasa nampak di sana,

Family Mart dan Lawson.


Makanan dan minuman di convenience store memang berbagai jenis, dari yang dipacking dalam kotak dan plastik hinggalah makanan panas-panas yang boleh dimakan on the go macam  donut, sandwich, pastry dan lain-lain.


Memang terliur tengok donut dan pastry yang dijual di family mart, tapi disebabkan statusnya diragui
(selalunya tak halal, kecuali dinyatakan halal oleh badan halal di sana makan bolehlah makan)
saya hanya mampu memandang dari jauh, ahaha.


Kalau nak membeli belah makanan dan minuman di convenience store, memang kena buat research untuk tahu jenama apa yang boleh dimakan.

Macam biskut contohnya, selalunya dia jadi tak halal sebab ada shortening dari sumber haiwan.

Disebabkan rumah kami duduk ni dekat dengan hospital,memang keraplah dengar siren ambulan.



Untuk masak-masak, kami guna je pinggan mangkuk  yang disediakan tapi sebelum guna tu memang cuci dulu dengan sabun thaharah.


Persiapan makan dan minum

Kami tak makan di kedai. 90% masak sendiri. Ada sekali sekala je makan di restoran Pakistan di Kobe.

Untuk makan, kami angkut Brahim berkotak-kotak dari Malaysia.

Selain makan Brahim, kami beli lauk mentah, sotong dan ikan dari pasar basah Kuromon Ichiba.

Telur dan tauge serta sayuran lain beli di family mart.

Untuk nasi pula, kami makan nasi segera yang dibeli di convenience store.

Cuma panaskan selama dua minit, dah siap untuk dimakan.


Mesin basuh dan basuh baju

Mesin basuh disediakan, tapi instruction di mesin basuh semuanya dalam bahasa Jepun.

Mula-mula pening kepala nak guna sebab tak faham instruction dia.

Owner rumah siap sediakan sabun basuh.

Tentang sidai baju pula, memang tak risaulah.

Saya jemur je kat luar.

Walaupun sejuk, suhu 10°C- 5°C, amazingnya baju tetap kering.

Ini sebab udara di Jepun yang kering.

Sejuk sejuk pun, takde masalah kalau nak sidai baju.

Tuala

Tuala juga disediakan. Banyak pulak tu.

Memang owner ni tak kedekut tuala.


Internet

Wifi disediakan dan alhamdulillah laju

Bilik

Bilik complete dengan bantal, selimut dan tilam serta heater.

Heater berfungsi, alhamdulillah selesa.

Mula-mula tidur kami menggigil sejuk sebab tak pandai guna remote heater (masalah tak faham Bahasa Jepun)


Peraturan tak boleh bising

Di Jepun, kita memang tak boleh buat bising di kawasan perumahan.

Macam di rumah yang kami duduk ni, owner dah siap bagitau, pukul 9 ke atas memang tak boleh buat bising.

Jadi kita kenalah hormat culture diorang.

Jangan sesekali berparti terpekik terlolong.

Silap silap,  polis datang ketuk pintu  sebab jiran buat report tentang kita.

Sepupu saya yang belajar di Tokyo pernah cerita yang rumah dia pernah kena ketuk dengan polis sebab buat bising.



Train station terdekat

Train station terdekat  JR Line Imamiya, 4 minit berjalan kaki ke rumah


Subway Midosuji Line, 9 minit berjalan kaki dari Daikoku Yotsubashi Station ke rumah.


Kansai Airport 12 minit berjalan kaki dari station JR Shin Imamiya

Overall puas hati lah dengan rumah ni.

Sebab selesa untuk kami semua.

=====================



Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<




No comments:

Post a Comment