Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 2 December 2017

Pengalaman dan cabaran cuaca sejuk di Jepun

Pengalaman cuaca sejuk di Osaka, Jepun
Orang cakap dalam banyak-banyak kenangan manis semasa travel,

pasti ada juga kenangan pahit yang kita lalui.

Tipulah kalau semuanya manis-manis belaka. 

Jatuh sakit

Antara kenangan pahit yang kami alami semasa di Osaka tempohari,
ada beberapa orang ahli keluarga kami yang diserang demam influenza.

Dari beberapa maklumat yang saya dapat dari pembacaan,
serangan influenza kerap berlaku semasa cuaca sejuk.

Ada dua orang adik saya tidak dapat mengikuti trip ke Kobe dan Kyoto
dan melawat beberapa tempat menarik di Osaka.

Anak saya pula terkena cirit birit dan muntah.

Ini membuatkan saya juga tidak menyertai trip ke Himeji dan Kobe.

 Memang terasa ralat sangat tapi memang tiada rezeki saya ke sana.


Cuaca kering dan teramat sejuk.

Kalau ikutkan musim luruh tidaklah sesejuk musim winter
tetapi betul la kan itu semua bergantung kepada rezeki kami semua.

Beberapa hari sebelum bertolak, dapat berita yang Jepun
akan dilanda cuaca sejuk yang akan menyebabkan
suhu jatuh mendadak seolah-olah seperti winter.

Dan fenomena itu berlaku betul-betul dalam tempoh kami berada di Jepun,
seminggu saja tempohnya.

Pusat ramalan kaji cuaca Jepun juga telah mengeluarkan
amaran cuaca kering semasa tempoh kami berada di sana. 

Setiap hari saya akan cek di website weather forecast
dan ramalan cuaca di Jepun menyatakan suhu akan drop dari 10°C sehingga 6°C
pada siang hari dan 3°C pada waktu malam.

Walaupun suhu 10°C tapi kita kena tengok real feel yang tercatat pada weather forecast

Pernah ada satu hari tu suhu 6°C pada waktu siang tapi real feel dia -1°C.

Fuhh memang sejuk.

Sejuk di Jepun bukan semata-mata sejuk tapi angin dia tu yang tak tahan.

Saya baca pesanan dari mereka
yang sedang berada di Osaka beberapa hari sebelum kami bertolak,
mereka pesan supaya bawa winter coat dan kena pakai sarung tangan.

Memang kami angkut segala kelengkapan musim winter ke sana. 

Kulit kering dan terkopek-kopek

Cuaca kering ini menyebabkan kulit saya menggerutu,
terkopek-kopek dan luka.

Luka tu pula susah nak sembuh.

Bila terkena air terasa pedih yang amat.

Bibir saya kering dan berdarah. 

Bibir suami saya juga pecah-pecah dan berdarah.

Kami sapu segala lotion dan lip balm, tak berkesan nampaknya.

Patutlah orang yang dah lama tinggal di Jepun kata
mereka paling tak suka masa musim winter.

Macam-macam masalah yang mereka alami
hinggakan semasa winter mereka hanya berkurung di dalam rumah.

Orang cakap, semasa musim sejuk, orang Jepun jarang keluar rumah.
Mereka hanya keluar untuk pergi dan balik kerja.

Wallahua'lam. Tak pasti sejauh mana benarnya.

Tapi masa kami di sana, setiap hari kurang nampak orang keluar berjalan-jalan.

Kalau ada memang untuk pergi dan balik kerja atau ke kedai sahaja.

Tapikan orang cakap, orang Jepun memang dah biasa dah cuaca sejuk dan kering dan mereka ada cara untuk beradaptasi dengan cuaca di sana.

Beriya pakai glove, orang Jepun tak pakai pun, haha.
Kita menggigil menahan sejuk, dia rileks je macam takde apa-apa.

Hari pertama dan hari kedua memanglah excited.
Masuk hari ketiga dah rasa fed up dengan cuaca yang teramat sejuk ni.
Pergi ke mana-mana rasa nak balik cepat je, ahaha.




Gambar di atas ni semasa kami di Osaka Bay.
Nampak terang benderang macamni, tapi sebenarnya sejuk betul weh,
sejuk datang sekali dengan angin kuat dari Telok Osaka (tepi laut) ahaha.


Ini semua menjadi satu pengalaman  buat kami.

Teruja menikmati cuaca sejuk di tempat orang
tapi bila merasai sendiri pengalaman perit di sana,
baru sedar nikmatnya cuaca di Malaysia.

Di Malaysia kita tak perlu berbaju tebal, bersarung tangan semua, 
luka cepat sembuh, kulit tak kering menggerutu, terkopek-kopek. 

Tak menderita dan tersiksa bila nak berjalan-jalan.

Tetapi musim sejuk ini ada kelebihannya juga, badan tak bepeluh
walau setitis maka baju-baju yang dipakai boleh diulang pakai selama dua hari.

Badan tak berbau peluh, baju tak berbau masam.
Ini menjimatkan pakaian yang kami bawa di sana. 


Apapun dalam pahit pasti ada manisnya.
Alhamdulillah syukur sangat dapat melihat sendiri keindahan musim luruh di Jepun
dan melihat budaya dan cara hidup masyarakat Jepun yang unik dengan lebih dekat.

Pengalaman yang pasti akan dikenang sampai bila-bila. Insha ALLAH. 

No comments:

Post a Comment