Pengalaman bercuti di Osaka musim luruh hari ke 4

by - 22:55:00

Pengalaman bercuti di Osaka hari ke 4. Hari ke 4, destinasi kami ialah Osaka Museum Housing and Living dan Pasar Kuromon Ichiba.

Mesti korang hairan kenapa pergi dua tempat je dalam sehari? Ya sehari dalam 2- 3 lokasi je boleh pergi. Trip kami bukan trip orang bujang yang boleh keluar awal pagi balik lewat malam. Kami ada bersama 3 orang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Kalau ada budak dan bayi ni faham-fahamlah, mereka bukannya larat macam orang dewasa.

Hari ke 4 ni pun saya tak join juga. Sebab condition anak yang tak berapa sihat. Tapi saya tetap nak cerita apa aktiviti yang adik beradik saya buat hari ke 4 ni. 

Lokasi pertama, Osaka Museum Housing and Living. 

Osaka Museum Housing and Living ni adalah muzium yang menggambarkan kehidupan masyarakat pada akhir zaman edo. Muzium yang bentuk seperti real yang kita boleh rasai dan gambarkan macam mana keadaan dia.  Ini real punya barang dan real punya suasana. Teringat drama Jepun Bon Appetit. Sebiji macamnilah suasana dalam drama tu.

Harga tiket masuk: 600 yen seorang. Percuma untuk pelajar sekolah dan kanak-kanak.


Mak dan adik beradik saya guna ticket Osaka Amazing Pass untuk ke sini. Kiranya tak payah bayarlah untuk masuk sini sebab bayaran dah masuk semua sekali dalam pass tu termasuk train. Meh saya belanja tengok gambar-gambar muzium ni. (sumber gambar: mak)


perhatikan langit, tu sebenarnya props je bukan real. tapi diorang buat sebiji nampak real




sorry gambar sedikit blur










Pasar Kuromon Ichiba

Dah selesai Museum of Housing and Living, pergi ke Pasar Kuromon Ichiba pulak. Pasar yang digelar Dapur Osaka, menjual pelbagai barangan basah dari hidupan laut, sayur-sayuran buah-buah, pakaian, makanan dan macam-macam lagi.

Saya ada buat entry khas tentang pasar Kuromon Ichiba. Boleh baca lanjut di sini http://www.n-sabrinaa.com/2017/12/keunikan-pasar-basah-kuromon-ichiba-di.html

You May Also Like

0 Komen