Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 25 December 2017

Melawat lokasi menarik di Banting Selangor: Istana Bandar dan Muzim In-Situ Jugra

Istana Bandar
Selepas melawat Masjid Alaeddin, kami bergerak ke Istana Bandar pula. Ia terletak tidak jauh dari Masjid Alaeddin. Tapi kami hanya boleh melihat dari luar pagar saja. Tak pasti adakah orang awam memang tidak dibenarkan masuk atau waktu melawat sudah habis. 







Istana bandar merupakan tempat tinggal Sultan Alaeddin Sulaiman Shah pada tahun 1899 hingga tahun 1938. Selepas tahun 1938, istana ini ditinggalkan sepi. Satu usaha yang baik apabila kerajaan negeri Selangor membaikpulih  kerosakan-kerosakan yang ada di istana ini.

Tak banyak yang boleh diceritakan tentang tempat ini kerana kami hanya melihatnya dari luar. Walaubagaimanapun anda boleh dapatkan maklumat tentang Istana Bandar di website ini www.padat.gov.my-Istana Bandar dan http://www.visitselangor.com/istana-bandar-jugra/.


Muzium In-Situ Jugra
Setelah itu kami ke Muzium Insitu Jugra pulak. Oleh kerana dah petang waktu melawat muzium telah tamat. Jadi kami hanya melihat-lihat dari luar saja. 

Terasa sedikit seram apabila melihat muzium ini bila terkenangkan ia sebenarnya merupakan bekas balai polis yang mempunyai penjara. Oleh kerana itu ia juga digelar Rumah Pasung. Dari maklumat yang saya perolehi dari pembacaan, pesalah-pesalah jenayah ditempatkan di penjara di ini sehinggalah penjara Pudu siap dibina, mereka memindahkan penjanayah ke sana pula. Bahagian atasnya mahkamah, bahagian bawahnya pula penjara. Sistem kehakiman pada zaman itu mengikut sistem kehakiman British. 

Sebenarnya balai polis lama ini ditinggalkan usang dan tidak terjaga. Kerajaan Negeri Selangor telah membaikpulihnya pada tahun 2011 hingga 2012 dan menjadikannya sebuah muzium. Pada tahun 2013, ia telah dibuka sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai.








Nampak tak dalam gambar di atas ada dua buah batu besar berbentuk bulat, di bahagian kiri dan kanan pintu pagar muzium? Batu tu sebenarnya batu pengisar tebu. Cara guna dia ialah letak dua batu tu secara bertindih dan pusing setiap batu tu secara berlawanan arah, sebagai contoh batu di atas dipusing secara ikut jam, batu bahagian bawah dipusing secara lawan jam. Lubang-lubang  yang ada di batu adalah bahagian untuk masukkan tebu-tebu. Unik kan? Kerajaan Negeri Selangor menemui batu pengisar tebu ini di Istana Bandar, lantas mereka membawanya ke sini untuk dipamerkan kepada orang awam.





 Waktu operasi

10 a.m- 5 p.m : Selasa-Jumaat

 10 a.m  hingga 5.00 p.m : Hujung minggu dan cuti umum

Isnin: Tutup

Tiket masuk: percuma

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Muzium In-Situ Jugra ini di sini http://www.padat.gov.my/muzium-insitu-jugra, dan http://www.visitselangor.com/muzium-insitu-jugra/.

Banyak lagi tempat menarik dan bersejarah yang ada di sekitar Banting ini, antaranya Rumah Api Bukit Jugra atau Balai Selangor, makam Sultan Sultan Abdul Samad. Oleh kerana dah lewat petang kami tak dapat melihat dua tempat ini . Insha ALLAH jika ada kesempatan lain boleh datang sini. 

No comments:

Post a Comment