Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 5 December 2017

Kembara Kansai Jepun: Santa Maria Cruise, Osaka




Santa Maria Cruise salah satu aktiviti yang korang boleh buat kalau datang ke Osaka.  

Dia taklah pergi jauh, setakat pusing-pusing sekitar Osaka Bay lebih kurang 50 minit,  
bermula dari Tempozan Harbor Village tapi pengalaman ni memang best sebab dapat tengok macam mana rupanya pemandangan di sekitar Osaka Bay.

Santa Maria Cruise ni satu tempat yang sama dengan Tempozan Ferris Wheel dan Kaiyukan Osaka Aquarium.

bercuti di Osaka Jepun Santa Maria Cruise
pemandangan dari dalam kapal Santa Maria


Osaka Bay tu sebuah pulau buatan yang dibuat khas untuk membina Kansai International Airport. Kiranya airport Kansai ni airport atas air.

Dari airport nak ke tanah besar Osaka, naik train yang merentasi laut. Canggih kan?




Kami naik Santa Maria Cruise ni hari ketiga kami di Osaka,
guna tiket Osaka Amazing Pass.

Osaka Amazing Pass boleh didapati di HQ HIS Travel atau cawangan mereka di Malaysia.

Cuaca masa ni sejuk yang amat.

Dahlah suhu bawah macam winter, dengan angin kuatnya lagi, beku dibuatnya. ahaha



bercuti di Osaka Jepun Santa Maria Cruise


Dia ada 3 tingkat.
Tingkat paling atas kalau korang suka cabaran, nak tengok pemandangan lagi jelas.

Di tingkat atas sekali ini of course anginnya lebih kuat.
Kami duduk di tingkat dua saja sebab tak tahan sejuk.

Tingkat yang paling bawah sekali di dalam kapal.
Duduk dalam ni tak nampak apa-apa pemandanganlah.

Kami ada duduk di sini sekejap nak legakan badan dari kesejukan.



bercuti di Osaka Jepun Santa Maria Cruise









Kapal Santa Maria ni replika kapal yang dinaiki Christopher Colombus.

Ahli sejarah yang berlayar mengelilingi dunia dengan kapal.

Tapi kapal yang kami naik ni kecil jelah.

Kapal yang sebenar 2x ganda besarnya.




bercuti di Osaka Jepun Santa Maria Cruise
  sticker tu saya letak sebab ada wanita-wanita yang ternampak auratnya.


Nah gambar lebih jelas kapal Santa Maria, saya ambil dari website http://www.osaka-info.jp/




=====================






Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<




No comments:

Post a Comment