Biskut coklat dari Jepun yang halal dan sedap yang patut anda cuba

by - 13:08:00

Ada satu biskut coklat yang halal dan sedap yang kami beli di Osaka. Sekali makan je memang ketagih nak makan lagi dan lagi dan lagi. Sebenarnya biskut ni ada dijual di Malaysia tapi tak banyak tempat yang jual. Kalau di Jepun, boleh dikatakan agak mudah nak dapat dan harganya juga murah. Semasa kami ke Shinsaibashi, terjumpa ada satu kedai yang jual biskut ni. Harga yang dia jual masa tu pulak, paling murah kami jumpa di sana iaitu 73 yen sahaja. 73 yen bersamaan RM2.66. Family saya memang borong habis biskut ni sampai berpuluh-puluh, untuk diberi sebagai cenderahati dan makan sendiri.



Jenama biskut ni, Bourbon Alfort. Ada beberapa perisa  dan yang saya paling suka warna biru dan hitam (dark chocolate).






Status halal

Alhamdulillah statusnya halal kerana menggunakan bahan-bahan yang mesra pengguna muslim dan diperakui oleh Halal Foods In Japan. Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang makanan halal yang boleh dimakan di Jepun di https://blog.halal-navi.com/my/ dan https://www.halal-navi.com/

You May Also Like

0 Komen