Sambal strawberry dan restoran nasi arab Cameron Highland

Ada sikit lagi tentang kisah percutian kami di Cameron Highland yang saya belum cerita. Dalam perjalanan balik, kami sempat membeli nasi lemak sambal strawberry. Ala, anda mesti pernah dengar kan tentang sambal strawberry yang dijenamakan dengan brand Abang Strawberry? Sambal ini diletakkan bersama-sama nasi lemak. Harga satu bekas sebegini RM10. Ok saya dah rasa sambal dia. Apa yang saya boleh katakan sambal ini unik dan jarang jumpa di tempat kita sendiri. Kalau nak rasa, kenalah pergi ke Cameron Highland. Rasanya? Boleh tahan sedap. Tapi untuk orang yang tak biasa, mula-mula mungkin rasa pelik. Takpe, makan je. Nanti taulah sendiri rasa dia macam mana.  Anda yang pergi Cameron Highland tak sah kalau tak rasa sambal ni. 

Alamat: No 27, Taman Sedia CH
Page: Abang Strawberry
No telefon: 019-4781700



Lepas beli nasi lemak sambal strawberry tu, kami ke Tanah Rata pulak sebab ada kawan abah nak belanja makan nasi Arab di Restoran al Raudah yang menjual nasi arab dan nasi kandar. Restoran Nasi Arab al Raudah ini atasnya ada Hotel Madani. 






 Hotel Madani

Hotel ini ada sediakan pakej bermalam bersama sarapan pagi. Bila dengar hotel ni ada sediakan sarapan pagi jika bermalam di sini, saya macam kagum jugaklah. Jarang hotel budget yang sediakan sarapan pagi. Selalu kita dengar hotel 3 bintang ke atas saja kan? 





Nah untuk anda anda yang mencari hotel di Cameron Highland boleh dapatkan maklumat tentang Hotel Madani ni ye. Boleh tengok page mereka di sini >>> https://www.facebook.com/muslimhotel.my/<<<


Berbalik pada restoran Nasi Arab al Raudah tadi.  Saya sebenarnya tak makan sangat memandangkan masih kenyang lagi makan macam-macam sebelum datang restoran ini tadi. Jadi saya hanya memesan sawarma. Ada jugak cuit-cuit sikit nasi arab yang mak saya tengah makan, boleh tahan jugak sedap. Wangi aroma nasi arab kambing yang diorang hidangkan tu. Kuah dia dan nasi dia wangi. Air teh yang mereka hidangkan juga lain dari teh biasa. Mereka meletakkan buah pelaga, kayu manis dan daun mint. Refreshing kata emak saya.


 Anda yang menginap di sekitar Tanah Rata bolehlah singgah makan di restoran ini.

Alamat: 15 A, Marigold Square, Mukim Tanah Rata, 39000 Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

No telefon: 012-6731800

Previous
Next Post »