Review Hotel Haji Saudi Cameron Highland

Saya baru saja pulang dari percutian pendek, dua hari 1 malam di Cameron Highland. Bertolak dari pukul 11 pagi dari Bangi. Dalam pukul 4 petang dah sampai Cameron Highland. Naik ke Cameron Highland ikut laluan Simpang Pulai. Jalan Simpang Pulai ni agak jauh sikit, tapi jalannya lebih elok dan besar berbanding kalau ikut laluan Tapah. Singgah sekejap di RnR Sungai Buloh, lepas siap-siap makan semua, sambung perjalanan. Itu yang nampak macam lama je kan perjalanan ni.


Sampai-sampai je Cameron, terus cari tempat penginapan. Mula-mula macam berkenan dengan satu resort ni bila baca review orang. Sempat tengok bilik, akhirnya tak jadi sebab rasa macam tak sedap hati. Resort nampak muram dan sepi walaupun khabarnya hotel ini resort yang selalu jadi pilihan orang ramai bila bercuti di Cameron Highland. Barangkali sebab low season tu yang nampak macam sunyi sepi je.

Lepas kira tolak tambah bahagi darab semua, akhirnya decide nak bermalam di Haji Saudi Hotel saja. Siap compare dengan resort yang nampak muram dan sepi tu. Alasan kami sebab hotel ini hotel baru, terletak sangat dekat dengan kedai-kedai di Pekan Brinchang, harga yang sangat berpatutan. Hotel ini ada penginap lain, bukan kami saja jadi taklah kami rasa muram, sunyi dan sepi. Bawah hotel ada deretan kedai termasuk kedai makan, dan Seven Eleven. Senang nak beli makanan, senang nak beli apa-apa barang sebab Seven Eleven dibuka 24 jam. Dan yang paling penting sekali hotel ini hotel yang diuruskan oleh muslim, dan ia juga  hotel baru,. Semua kelengkapan dan kemudahan adalah baru. Nampak seri hotel baru tau. Amboi Sabrina, puji melambung-melambung ya! Hotel ini tak sediakan sarapan pagi, tapi no hal lah sebab boleh makan kat gerai dan kedai makan sekitar Brinchang ni.

Apa yang disediakan di bilik Hotel Haji Saudi?

Bilik bersih
Toilet bersih dan baru
Cadar nampak bersih dan baru (kelihatannya seperti mereka cuci cadar setiap hari , nampak kerja-kerja Housekeeping dan cleaning)
Televisyen flat screen. Rancangan tak banyak sangat. dalam 4 channel, TV2, TV3 dan HBO
Ada wifi, tapi time kami pergi sini tak dapat internet. Bila tanya staff, katanya ada gangguan networking di kawasan tersebut
Ada sejadah dan kiblat
Tiada air cond tapi ada kipas
Water heater untuk mandi air panas
Gelas, air mineral dan kettle
Shower gel disediakan
Penyangkut baju
Tuala























Kat hotel ni bila nak masuk malam tu, memang sejuk. Suhu terendah saya tengok 16ºC. Jadi tak payah air cond pun. Malam berselubung dengan selimut sampai kepala.

Air dalam toilet sejuk gila. Menggigil nak mandi dan ambil wudhu'.  Tapi jagan risau, kan ada water heater. Boleh mandi air panas ok. 

Apapun, walaupun hotel ni tak complete semua kemudahan disediakan, untuk taraf hotel budget, saya sangat berpuas hati. Tidur pun selesa.  Jadi sesiapa yang nak menginap di sini, kenalah book awal terutamanya kalau peak season seperti cuti sekolah dan hujung minggu, bilik sentiasa penuh. Boleh tengok facebook page mereka, https://www.facebook.com/hjsaudihotel/. Baca review-review pengunjung pun rata-rata cakap berpuas hati dengan hotel ini. 



.
Previous
Next Post »