Pemandangan indah Ladang Teh Bharat Cameron Highland

Ladang Teh Bharat Cameron Highland dikenali sebagai Cameron Valley ini merupakan destinasi terakhir sebelum kami berangkat pulang ke Bangi. Masa nak sampai ke sini, hujan dah mula turun dengan lebat. Tapi kami berhenti jugaklah sebab bukan senang nak datang ke Cameron lagi.Tapi kami tak pergi ke ladang dia tu. Kami hanya pergi ke Tea Shop dia yang terletak di tepi jalan.

Kalau dah sampai sini, memang menatap puas-puaslah pemandangan saujana mata memandang. Subhanallah, walhamdulillah. cantik sungguh. Saya memang suka tengok pemandangan semulajadi yang rare macamni. Cuba bagitau kat Semenanjung Malaysia ni kat mana lagi kita boleh tengok selain di Cameron Highland? Haa takde kan. Yang di Sabah tu lain cerita. Kalau ada rezeki ke Sabah pula, boleh singgah ladang teh sana pulak. 










Di sini pengunjung boleh lihat panorama ladang teh dari tea house mereka. Sambil tengok pemandangan, boleh minum teh dan menikmati dessert. Bersebelahan tea house ada outlet yang menjual pelbagai perisa teh keluaran Bharat Group. Macam-macam ada. 









Previous
Next Post »