Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 7 October 2017

Cameron Lavender Garden syurga buat pencinta bunga

Sambungan dari entry http://www.n-sabrinaa.com/2017/10/percutian-di-cameron-highland.html

Selepas membeli belah strawberry, kami bergerak pula ke Cameron Lavender
yang terletak di Tringkap.

Cameron Lavender ni syurga dunia untuk pencinta bunga.
Serius best.

Saya bukanlah pencinta bunga,
cumanya bila dapat melihat bunga Lavender dengan lebih dekat rasa bertuah.

Selama ni duk ingat, kena pergi New Zealand atau Japan kalau nak tengok bunga ni. 


jalan jalan cameron highland
aiskrim lavender. rasa macam daun. 


jalan jalan cameron highland


jalan jalan cameron highland
hokkaido lavender






Pada awalnya kami taknak masuk
sebab tengok tiket untuk seorang dewasa RM10.

Lepastu tengok dari luar macam tak menarik je.

Mak nak masuk jugak, jadi mak masuk dengan abah.
Tak lama lepastu abah panggil kami kat gate dan cakap,
kami kena masuk juga sebab kat dalam tu macam-macam ada.

Best abah cakap. Kami pun masuk jugalah dengan rasa terpaksa.

Bila dah masuk dalam.. wah, tak sangka! 



Macam-macam jenis bunga ada, selain Lavender.
Dan yang rare, kami sempat merasa ais krim perasa Lavender.

Ok, rasa dia biasa je dan ada rasa macam herba.
Maklumlah ni kan ais krim perasa bunga. 

Pemandangan cantik dapat dilihat dari.
Pemandangan panorama Cameron Highland yang berbukit bukau.

Saujana mata memandang.











Harga tiket untuk dewasa RM10, untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas RM5



No comments:

Post a Comment