Salam takziah buat warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Salam takziah diucapkan buat seluruh  warga dan ahli keluarga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Hujung yang terbakar pagi khamis lalu. Saya turut merasa sebak dan sayu. Pagi-pagi dapat berita sangat terkejut kerana tragedi itu melibatkan bilangan pelajar yang sangat ramai. Saya sendiri masih belum lupa tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim, iaitu madrasah At Taqwa di Hulu Langat pada tahun 2011 yang lalu. Seramai 16 orang yang tertimbus dengan tanah runtuh,  meninggal dunia. 






*Sumber gambar dari Bharian.com.my


Bila baca berita tentang tragedi kebakaran di Tahfiz  tersebut pasti bergenang air mata. Apapun, adik-adik itu bertuah kerana mereka meninggal dunia di tempat yang baik dan sedang melakukan amal soleh, menghafaz ayat-ayat Quran dan menimba ilmu agama.  Insya Allah kematian yang mulia tambahan pula kematian yang disebabkan kebakaran merupakan salah satu cara kematian yang mulia, berdasarkan Riwayat Abu Dawud. 

Ada beberapa orang lagi mangsa yang sedang dirawat di hospital. Ada juga yang masih belum sedarkan diri kerana keadaan kritikal. Marilah kita doakan adik-adik yang sedang kritikal atau yang selamat ini semoga mereka kembali sihat, emosi juga kembali sihat  kerana yang masih hidup ini pastinya menghadapi trauma yang teruk kerana menyaksikan sendiri rakan-rakan mereka yang tidak dapat menyelamatkan diri.

Semoga adik-adik tahfiz yang terkorban ini, semoga diterima segala amal soleh mereka dan  ditempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang beriman.



Previous
Next Post »