Duit hilang dan kata-kata ibu ayah saya ini buat hati saya jadi redha

Nak dijadikan cerita, duit saya hilang semasa bercuti di Port Dickson bersama emak, abah, adik dan anak saya. Masa ni suami memang takde sekali dengan kami sebab dia bekerja. Kami bercuti semasa hari bekerja (weekdays) sebab abah saya kan dah pencen.

Macamni ceritanya, saya ambil not RM*** dalam beg dan masukkan dalam poket baju. Ada urusan yang saya nak selesaikan dengan duit tu sebentar nanti. Kalau letak dalam poket, mudah dan pantas la kan buat kerja. Dalam pada tu, hati saya duk terlintas beberapa kali, "kalau hilang duit ni susahlah". Beberapa kali saya seluk poket untuk pastikan duit tu ada. Bila nak bertolak balik, saya seluk lagi poket untuk ke berapa kali entah. Sekali bila seluk, aik, mana not RM*** tadi? Yang ada RM10 je. Gelabah saya dibuatnya. Bagi saya RM*** tu satu nilai yang besar dan kalau hilang boleh nangis 44 hari 44 malam. Mungkin orang lain rasa alah RM*** je", tapi saya tidak'.


 
Seluk lagi sekali untuk kepastian, sah duit RM*** tu memang dah takde dalam poket. Betul la duit tu dah tercicir. Sebab saya tak keluarkan lansung dari poket. Tapi dalam poket tu saya masukkan handphone sekali. Kemungkinan besar duit tu terkeluar masa saya nak keluarkan handphone masa sibuk-sibuk nak ambil gambar pemandangan di hotel di Port Dickson tu. Saya naik balik ke bilik hotel dan perhati di sepanjang jalan yang saya lalu tadi. Tak jumpa. Bilik hotel memang dah tak boleh masuk sebab kunci bilik kami selit kat tingkap tandas dan tingkap tandas tu dah tertutup ketat. 

Pergi ke kereta semula dan mengadu pada mak dan abah. Sedih sungguh duit dah hilang. Kalau RM10 tu taklah terasa sangat. Tapi ni RM***. Saya duk merintih duit hilang, duit hilang kat diorang. Hahahaha.

Saya call owner hotel bilik hotel dan minta dia pulangkan kalau pekerja housekeeping terjumpa. 

Tahu tak apa yang emak dan abah cakap pada saya?

Mak cakap: 

"Sabrina dah cari kat laluan tadi lepastu dah call owner bilik minta dia pulangkan. Kalau ada dan jumpa semula, maksudnya tu rezeki Sabrina. Tapi kalau tak jumpa dan tak dipulangkan, maknanya bukan rezeki Sabrina tu. Kalau ada orang jumpa duit tu dan dia ambik, anggap je sedekah. Kalau cleaner jumpa dan ambik, biar je dia ambik.  Cleaner tu bukannya orang senang. Sedekah je. Hati pun tenang".

Abah: Tak payah risaulah pasal duit. Hidup kita ni biar tenang, duit hilang nanti boleh dapat lagi. Ayat yang abah selalu sebut bila runsing dengan urusan duniawi, "take it easy".

Dalam hati, rasa legalah bila diorang cakap macamtu. Betul jugak kan. Kenapa nak serabut-serabut pasal benda-benda duniawi ni semua. Apa yang kita miliki di dunia ni semuanya sementara je. Semuanya pinjaman je. Eh tak untung lansung kalau nak risau pasal benda yang akan ditinggalkan bila kita meninggal nanti. Sesen pun kita takkan bawa masuk kubur! 






Tapi kalau orang nak rompak dan ragut kau, jangan pulak kau izinkan dan redhakan je (tak buat report polis) sebab taknak runsing hal-hal duniawi, atau laptop kau tertinggal kat kedai mamak lepastu kau tak usaha pergi cari semula laptop tu, atas alasan biarlah, jadi rezeki pekerja kedai mamak. Haa salah konsep tu! Bukan macamtu ye. Redha maksudnya benda yang dah berlaku dan sebelum tu kau dah buat semua usaha pertahankan atau dapatkan semula sesuatu milik kau yang hilang mungkin kerana tak sengaja atau kecuaian diri sendiri tetapi akhirnya dia terjadi jugak dan hilang dari genggaman! Jangan lupa doa pun satu usaha.

Yang penting redha dan belajarlah dari kesilapan. Semoga ianya tidak berulang lagi. Nasihat untuk diri sendiri juga ni sob sob.



Previous
Next Post »