Bercuti di Kompleks Agrotourism PNK Resort Bagan Lalang

Minggu lepas, hari Rabu dan Khamis  saya bersama semua ahli keluarga saya bercuti di PNK Resort Bagan Lalang, Sepang. Semua ahli keluarga ada kecuali suami saya kerana percutian kami ini berlansung semasa hari minggu (hari bekerja). 

Percutian kami dirancang untuk meraikan ayah saya yang baru sahaja bersara. Pelik kan? Orang lain semua bercuti di hujung minggu, tapi kami bercuti semasa orang sibuk-sibuk pergi berkerja. Adik saya sorang tu kerja Air Asia memang kebetulan hari tersebut adalah hari cuti beliau. Manakala seorang lagi mohon cuti untuk menyertai kami. Saya? Saya kan tak kerja. Suri rumah sepenuh masa, haha. Tapi bestnya bercuti semasa hari bekerja adalah bayak bilik kosong. Kalau hujung minggu resort ini pasti full booked.

Mula-mula kami cadang nak bermalam di Camar Laut Resort saja tapi bila sampai di sana kami tukar plan kerana kami lebih suka menginap di chalet yang mengadap dan lebih dekat dengan pantai. 















Secara keseluruhan, PNK Resort bagi saya ok dan saya berpuas hati,  sesuai untuk percutian hari keluarga kerana setiap chalet boleh memuatkan dari 2 hingga 4 orang anggota keluarga. Setiap chalet ada satu katil single dan satu katil queen, televisyen flat screen, penghawa dingin, toilet yang direnovate dengan tile, bersih dan  dilengkapi dengan pancuran mandi dan pemanas air. Kalau nak tambah tilam extra pun boleh, dengan sedikit bayaran tambahan juga. 

Kita boleh sewa pemanggang BBQ dengan kadar sewaan RM16. Di pejabat pengurusan ada menjual makanan ringan dan air mineral. Cadar dan selimut bersih dan wangi. Saya jangka mereka basuh cadar dan selimut setiap kali selepas digunakan. Ada sesetengah resort yang jarang mencuci cadar dan selimut mereka. 





Tempat ini juga sesuai untuk agensi dan organisai mengadakan hari keluarga kerana penginapan dalam bentuk dorm juga ada, termasuk dewan seminar dan padang untuk melakukan aktiviti out-door. Ada beberapa spot bangku untuk duduk-duduk juga disediakan




Sarapan pagi tidak disediakan di sini tetapi ada banyak gerai makan dan restoran berhampiran PNK  Resort. Kalau berminat nak makan makanan laut, di sini ada beberapa restoran makanan laut terkenal yang selalu menjadi bualan orang ramai. Khabarnya ramai yang datang dari jauh seperti dari Bangi, Kuala Lumpur untuk menikmati makanan laut di sini.


Dari PNK Resort boleh nampak Avani Gold Coast Sepang.








Malam tu kami berBBQ, esok paginya bersarapan nasi lemak di gerai yang tak jauh dari PNK Resort. 

Sebenarnya pagi Khamis tu saya cadang nak jalan-jalan di Avani. Tapi ada acara lumba basikal di sana Jadi jalan masuk ke Avani Resort di tutup. Sayang betul, konon-konon nak tengok-tengok apa yang menarik di Avani, tapi takde rezeki kamilah nampaknya pada hari itu.  Insya Allah rezeki kami dapat menginap di sana pulak nanti. Tak mustahil kan?

Ameen




Previous
Next Post »