Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 7 July 2017

Beraya di perkampungan nelayan Bagan Tiang, Tanjung Piandang

Semasa balik bercuti di Taiping sempena hari raya Aidilfitri yang lalu, 
saya dan keluarga termasuk ibu dan bapa mertua, 
adik ipar dan anak buah ke Bagan Tiang, Tanjung Piandang.

Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini, 
bukan setakat pertama kali, Bagan Tiang juga saya tidak pernah tahu kewujudannya. 

Ia terletak tidak jauh dari daerah Parit Buntar.



Perkampungan nelayan Bagan Tiang Tanjung Piandang


Bagan Tiang merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Tanjung Piandang, 

Kebanyakan penduduk di sini merupakan nelayan. 

Setelah membuat sedikit carian di google, 
barulah saya tahu bagan Tiang merupakan satu kawasan bersejarah 
di mana ia merupakan pelabuhan kecil untuk pedagang-pedagang
 dari China dan India pada abad ke 19.  


Nama lamanya sebelum Bagan Tiang ialah Turong. 

Pernah menjadi kawasan penanaman padi utama di kawasan Perak pada tahun 1850-an. 

Pernah menjadi pusat pengeluaran tebu atau gula juga. 

Patutlah saya nampak beberapa ladang tebu yang nampak terbiar. 

Khabarnya ada kesan-kesan peninggalan industri gula
yang boleh dilihat di sana seperti kolam penyimpanan gula cair (selepas dikisar), 
menara serombong asap dan batu pengisar. 






Perkampungan nelayan Bagan Tiang Tanjung Piandang

Perkampungan nelayan Bagan Tiang Tanjung Piandang





Di kawasan ini juga kita boleh nampak hutan paya bakau 
dengan burung-burung bangau yang dapat dilihat dengan jelas di persisiran kuala. 

Saya agak sedikit teruja melihat kewujudan hutan paya bakau 
memandangkan saya seorang graduan ijazah Sains Biologi yang pernah
mengambil subjek tentang hutan paya bakau, 

cuma nama-nama spesies pokok bakau saya dah lupa.. haha. 

Kampung nelayan di sini kelihatan tenang dan aman damai. 

Mungkin kerana lokasinya yang terletak jauh dari kesibukan bandar raya. 

Apapun pengalaman ke sini memang menarik  
kerana saya dapat lihat dengan lebih dekat cara hidup nelayan, 
spesies hidupan laut yang jarang saya lihat di tempat saya sendiri seperti tiram,  
segala macam siput bercengkerang, ada yang bergerigi, yang besar, yang kecil.


Pada pendapat saya, 
anda juga boleh membawa anak-anak melawat kawasan perkampungan nelayan seperti ini 
untuk memperkenalkan mereka pada kehidupan nelayan dengan lebih dekat 
dan apa sumbangan golongan nelayan kepada negara dan masyarakat.

Anda-anda yang melalui kawasan Tanjung Piandang,
apa kata singgah sebentar di sini kalau ada masa dan kelapangan. 








No comments:

Post a Comment