BAJU RAYA KOLEKSI 2017 (KLIK GAMBAR)

Pengalaman tertinggal beg tangan dalam pesawat Air Asia

Pengalaman tertinggal beg tangan dalam pesawat Air Asia. Pengalaman kelakar tetapi mendebarkan yang saya alami semasa bercuti di Langkawi pada awal Mac yang lalu. Al kisahnya, saya dapat seat yang tak sama baris dengan adik. Kalau adik duduk sekali bolehlah dia tolong tengokkan barang-barang saya (tulah lain kali jangan duk harap kat orang lain tolong jagakan,  dush dush).  Waktu tu saya bukan saja bawa beg tangan, tetapi ada sekali dengan saya seplastik besar makanan, beg backpack dan dalam masa yang sama saya juga memantau dan menjaga keselamatan anak saya sendiri. Beg tangan saya letak di bawah seat depan saya sekali dengan plastik makanan tulah. Yang beg backpack pulak, ada di bahagian penyimpanan barang-barang di bahagian atas. Bila pesawat dah selamat mendarat, saya pulak dengan gelojohnya nak cepat-cepat keluar, ambik beg bacpack, bawa plastik makanan, sebelah tangan lagi pimpin tangan anak. Tanpa disedari saya telah meninggalkan beg tangan di bawah seat. 



Gambar sekadar hiasan sebab nak ambik tema travel. Heheh


Dalam setengah jam kemudian masih tak sedar yang beg tangan tertinggal. Tapi ada rasa sesuatu yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang tertinggal. Tapi apa ya? Saya duk berteka teka. Siap pergi kaunter tempah kereta sewa tu, tapi masih tak perasan sebab duit saya tak letak dalam beg tangan. Tiba-tiba!! Alamak, mana beg tangan? Korek sana korek sini tak nampak kelibat beg tangan. Hmm dalam hati. Alah takpelah takde apa pun dalam beg tangan tu. Redha jelah. huhu.

 Ya Allah! Tiba-tiba teringat yang tablet Samsung saya ada dalam beg tu! Lepastu saya gelabah tak hengat.  Jangan main-main. Tablet tu bukan murah. Beli dengan hasil titik peluh berniaga tau (*fuhh lap peluh). Lagipun ini tablet/ handphone yang ketiga selepas handphone saya sebelum ni rosak dan pecah sob sob.

Saya apa lagi cepat-cepat pergi kaunter customer servis Air Asia. Saya tanya diorang, 

'Kak flight Air Asia dari KL tu nak patah balik KL ke? Beg tangan saya ada dalam tu!"

"Tak dik lepas ni diorang akan pergi Guangzhou"

Ok lega


Lepastu diorang suruh saya pergi kaunter satu lagi (tak ingat kaunter apa) untuk buat report tentang kehilangan beg tangan. Lepas siap buat laporan semua, dalam beberapa minit lepas tu, datang seorang kakak manis staff di situ membawa sebuah beg yang tidak asing bagi saya. Alhamdulillah syukur. Cek-cek isi beg, takde apa yang hilang, tablet pun masih ada. Legaaaaaa. Bolehlah bercuti dengan tenang. Kalau tak, memang nangis tak berlagu kerana kecuaian ku sendiri. Sejak dari peristiwa tu, saya memang akan sekalikan semua segala mak nenek plastik, beg-beg kecik dimasukkan dalam beg besar. Serik memang serik. 

Jadi pengajarannya jangan bawa beg banyak-banyak kalau travel. Tak salah kalau nak bawa banyak tapi pastikan yang kecik-kecik tu masukkan dalam beg besar. Cukup bawa dua beg besar saja. Satu pegang satu galas. Boleh?
Latest
Previous
Next Post »