Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 2 April 2017

Jatuh cinta dengan bidang penulisan blog

 Setelah setahun saya fokus untuk menulis secara serius di blog, alhamdulillah pageview semakin meningkat.
 Bila fokus dan konsisten menulis, baru nampak perubahan positif. Kalau tak macamtu je takde perkembangan apa-apa. Tapikan blog ni usianya sudah 3 tahun. Orang lain 3 tahun berblog macam-macam pencapaian diorang achieve. Blog diorang berbelas dan berpuluh ribu visitor sehari. Memang lambat macam siput blog saya ni kan. Ahaha


Apapun kejayaan kecil macamni harus disyukuri untuk kejayaan lebih besar di masa hadapan. Alhamdulillah, unique visitor juga semakin bertambah. Yang paling menggembirakan saya bouncing rate saya menjadi rendah, di bawah 10% . Bila saya tengok jumlah pageview di google analytics adalah dua kali ganda dari unique visitor, barulah saya tahu yang visitor saya bukan setakat membaca satu page sahaja. Tetapi purata mereka akan membaca di antara 2 hingga 4 page setiap kali berkunjung ke blog saya. Ini boleh dilihat dari analisis google analytics bahagian page/sessions.  Dan selain tu, return visitor juga boleh tahan bilangannya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung blog semua yang sudi membaca tulisan-tulisan saya. Terima kasih juga semua return visitor.   Terharu rasanya, walaupun saya ni blogger cabuk je, tak sangka  ada orang jugak yang sudi membaca blog saya tak seberapa ni. Insya Allah saya akan terus menulis, berkongsi pengalaman dan tips setakat yang saya mampu. 





Satu perkara yang perasan, bertambah kerap saya update entry di blog, maka semakin tinggi carian kata kunci yang sampai ke blog saya. Semakin tinggi pageview dan alhamdulillah jumlah pageview sudah mencapai bilangan 4 angka. Maknanya apa? Maknanya saya kena kerap menulis. Tak boleh malas, hahaha. Tulis, tulis dan terus menulis tanpa jemu. 


Tetapi menulis bukanlah mudah. Saya hanya dapat menulis dengan lancar di waktu-waktu tertentu saja. kalau menulis di waktu tengah stress, tengah nak cepat, kesuntukan masa memang tak dapat menulis jawabnya,  terbantut!



Apapun target terdekat saya nak capai 3 ribu pageview sehari. Tolong doakan saya ya.

Indahnya menulis :)
Eh ada tetamu datang. Saya kena stop menulis sekarang.

2 comments:

  1. waaa, 3ribu tu...
    nabilah dh ke laut, 2-3 bulan lepas..
    ni baru nak bertatih balik..
    tahniah la, dh jatuh cinta dgn blog :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, rasa best pulak menulis. tapi tulah nak dapat idea dan menulis dgn baik mcm susah sikit nak buat. eh, tahniah kat nabilah jugak dah pregnant anak ke dua :D

      Delete