7 aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Taman Tasik Taiping

Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dijalankan di Taman Tasik Taiping. Boleh dikatakan banyak tarikan di sekitar kawasan ini.  Sekiranya anda datang dari jauh dan berminat untuk datang ke sini, saya senaraikan beberapa aktiviti dan tempat yang anda boleh kunjungi bersama keluarga.

1. Melawat Zoo Taiping

Zoo Taiping terletak di Taman Tasik Taiping, berhampiran kaki Bukit Larut.  Kelebihan Zoo Taiping ialah boleh melawat pada waktu siang dan malam. Kalau rajin boleh jalan kaki. Kalau tak berapa nak rajin, boleh naik tram. Keluasannya ialah 36 ekar menempatkan sebanyak 140 spesies binatang (sumber Laman web Zoo Taiping). Yang menarik, selain berjalan kaki, pengunjung boleh merasi pengalaman Night Safari kerana ada binatang yang sememangnya aktif pada waktu malam, tetapi tidak aktif pada waktu siang.

Waktu operasi Zoo Taiping 8.30 pagi hingga 6 petang.
Waktu operasi  Night Safari 8 malam hingga 11 malam, pada hari sabtu dan malam sebelum cuti am, bermula jam 8 malam hingga 12 pagi.


sumber: http://www.taiping.info/zoo.htm
2. Mengayuh bot Pusat Rekreasi Dayung

Pusat Rekreasi Dayung merupakan sebagai kawasan Tasik Taiping yang digunakan untuk aktiviti mengayuh dan mendayung bot. Ada beberapa jenis bot yang boleh disewa. Harga berbeza untuk setiap jenis bot. Waktu operasi setiap jam 10 pagi hingga 7 malam. Saya pernah kongsikan pengalaman mengayuh bot di entry ini Aktiviti membakar kalori di Taman Tasik Taiping. 

Swan paddle boat untuk dua orang berharga RM12.70 (maksimum 2 dewasa dan 1 kanak-kanak umur 3 tahun), swan paddle boat untuk 4 orang berharga RM30 (maksimum 4 orang) dan satu lagi, bot yang menggunakan kuasa solar yang memuatkan maksimum 10 orang berharga RM53. 

Kami 3 orang (saya, suami dan anak) naik swan boat. Penat mengayuh dengan kaki, haha!



3. Bawa anak berekreasi di playground

Di sekitar Taman Tasik Taiping ada disediakan beberapa ''port'' playground khas untuk kanak-kanak. Agak besar juga playground di sini. Beberapa kali saya datang, sentiasa penuh saja playground di sini dengan budak-budak, dan peralatan yang disediakan, "well maintained". Yelah kadang-kadang kita tengok ada play ground yang terkopak di sana sini dan kotor. Di Taman Tasik Taiping, playground yang di sini Insya Allah terjaga dengan baik oleh pihak pengurusan mereka.



4. Menyewa basikal 

Ada perkhidmatan sewa basikal khas, M-Bike untuk mereka yang nak pusing-pusing sekitar Taman Tasik Taiping. Bila tengok website dia, menariknya aktiviti  berbasikal yang diusahakan oleh M-Bike Sdn Bhd sebab dia bukan ada basikal jenis 1 seat je, tapi ada banyak jenis. Nak angkut anak, kawan-kawan atau satu keluarga pun boleh. Jenis-jenis basikal yang boleh disewa antaranya basikal single (1 seat), 2+1,  twin, family, double dan 1+1.



sumber: http://mbikemy.com.my/bicycles/rental/bicycles

 Untuk maklumat lanjut, boleh lawati website mereka http://mbikemy.com.my/bicycles/rental/bicycles



5. Berkelah

Tak tau nak describe macam mana, Taman Tasik Taiping memang best sebab lanskap dia cantik, beralun, rumput di sana dijaga dengan baik dan kemas, suasana hening dan damai je.  Banyak pokok-pokok yang teratur bersusun dan suasana nampak redup dan tenang. 

Sangat sesuai untuk "release segala stress yang ada". Nak berkelah dengan keluarga? Boleh sangat. Dahlah kawasan dia luas, mengadap tasik pulak tu. Masa saya pergi, nampak ada keluarga yang berkelah di tepi tasik siap dengan khemah lagi tu.





6. Membakar kalori dengan berjogging dan bersenam

Aktiviti yang tak dapat disangkal lagi untuk membakar kalori dengan banyak iaitu berjogging dan bersenam! Trek jogging dan pejalan kaki memang disediakan. Insya Allah, tak timbul masalah bertembung dengan kenderaan yang lalu lalang di sana. Sambil-sambil tu boleh tinjau spot-spot bersejarah yang ada di sekitar tasik.



Jeti bersejarah, Jeti Jubli Perak. Jeti pertama di bina di Semenanjung Tanah Melayu. Dibina pada tahun 1936.



7. Mendaki Bukit Larut

Taman Tasik Taiping terletak di kaki Bukit Larut. Dari jauh dah boleh nampak Bukit Larut nan menghijau. Cara naik ke Bukit Larut melalui 4WD sahaja. 4WD disediakan oleh Pejabat Peranginan Bukit Larut dengan tambang RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. Jadual perjalanan ke Bukit Larut ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pintu masuk ke Bukit Larut



MRSM Taiping dalam perjalanan ke pintu masuk Bukit Larut. Nampak  air terjun sayup-sayup di kejauhan di belakang sekolah ini!


Sumber: wikipedia. View bandar Taiping dari Bukit Larut

Cerita tentang Taman Tasik Taiping, rasa rindu pula nak balik rumah mertua yang terletak tak jauh dari bandar  Taiping.
Previous
Next Post »