Daftar dan renew lesen SSM secara online dengan ezbiz

Daftar dan renew lesen SSM secara online dengan ezbiz. Senangnya zaman sekarang ni, seiring dengan perkembangan IT, banyak urusan jadi mudah bila banyak perkhidmatan menggunakan teknologi hujung jari. Berita baik untuk para peniaga, SSM sudah memulakan perkhidmatan mereka secara online yang dikenali sebagai ezbiz.  Jadi? Tak payah bersesak dan menunggu lama di pejabat SSM bila nak daftar perniagaan baru,  nak renew lesen perniagaan, nak tamatkan lesen perniagaan pun boleh. Saya dah guna. Senang sangat. Tak pening kepala. Tak renyah.

Ok, senang saja nak daftar dan renew di ezbiz SSM. Beberapa langkah mudah sahaja.




1. Mula-mula daftar di sini http://ezbiz.ssm.com.my. Pilih button "sign up". Ikut sahaja segala arahan yang diberi dalam website tersebut.

2.  Selepas daftar kita akan dapat satu emel yang menyatakan pendaftaran kita telah berjaya. Tapi belum boleh log in sebab kita perlu hadir ke cawangan SSM terdekat dulu. Jangan bimbang, datang ke SSM hanya untuk aktifkan akaun sahaja. Urusan pengaktifan ni tak sampai 5 minit pun.

3. Bila sampai di SSM, tunjukkan salinan emel yang kita dapat tu pada staff yang bertugas di bahagian customer service.
Nanti staff akan bagi kita nombor untuk masuk ke "fast lane" jadi kita giliran menunggu kita tak lama pun. Macam saya semalam, selang dua nombor saja, sudah dipanggil ke kaunter.

4. Serahkan kad pengenalan dan salinan emel.  Selepas itu,  staff maklumkan diorang akan aktifkan registration kita. Ok, boleh balik rumah, goyang kaki tunggu emel sampai.

Ala bukan lama pun. Dalam beberapa minit kemudian dah dapat. Melainkan ada masalah, staff akan hubungi kita semula.

5. Sejurus selepas dapat emel yang memaklumkan akaun kita sudah diluluskan, kita dah boleh gunakan ezbiz dengan senang hatinya. Yeay! Lepas ni nak renew SSM untuk tahun-tahun seterusnya, renew saja secara online. Nak bayar denda sebab terlewat renew pun boleh sebab dia akan kirakan siap-siap total yang kita perlu bayar. Tak payah pergi SSM dah. Kan senang tu. Kecuali ada urusan yang perlu menghadirkan diri ke SSM, nak taknak kena jejak kaki jugaklah. Itu tak dapat den nak nolong eh.


Previous
Next Post »