Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 10 January 2017

De Muara Ikan Bakar, Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru



De Muara Ikan Bakar, Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru. 

Semasa kami menginap 2 hari 1 malam sahaja di D'Nelayan Beach Resort, 

petang tu kami dah decide dah nak kemana untuk makan malam. 

Mana lagi kalau bukan Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru. 


Jarak dari Pengkalan Balak lebih kurang 5 km. 

Ini kali kedua kami makan malam di sini. 

Kali pertama semasa menginap di KM Chalet, 

dan kami pergi pada waktu malam. 


Kali ni, kami pergi dalam jam 6 petang. 

Berbeza dengan kunjungan yang pertama, 

hanya satu gerai yang dibuka dan orang tak ramai sangat. 

Masa kali pertama dulu, 

terlalu ramai orang membuatkan kami menunggu lama menu yang dipesan. 

Menu yang dipilih

Kali ke dua ni, disebabkan tak ramai orang, makanan sampai cepat. 

Antara menu yang dipesan, ikan putih bakar,

ikan pari bakar dan ikan pari asam pedas, sotong celup tepung, 

dan ikan kembung bakar dan  sayur campur . 

Air kosong 1 jag.

Sambil makan.

Sambil tengok pemandangan laut. 

Memang best.  


Pelbagai menu disediakan 

Sebenarnya di sini ada macam-macam menu lagi. 

Sama kunjungan pertama dulu kami order tomyam, ikan masak halia,  

dan ikan bakar juga. 

Nak order menu-menu lain pun boleh. 

Ada stim, masak tiga rasa, sotong bakar, kerang bakar, 

sayur kailan goreng dengan ikan masin, kangkung belacan, sayur campur, 

sup sayur, pendek kata, macam-macam ada! 

Dan semua menu hidangan laut, fresh-fresh belaka.



Selain menu makanan laut, 

boleh tempah makanan goreng-goreng macam koay tiaw, 

mee, nasi goreng dan lain-lain. 


Musolla dan tandas disediakan

Di sini ada disediakan musolla dan tandas. 

Jadi boleh makan dengan tenang 

dan tak risau terkocoh kacah nak balik bila tiba waktu solat. 



 Orang tak ramai masa ni. Best

Order yang baru sampai. Sedap sambal dia

Sedap sotong celup tepung ni.





Harga keseluruhan

Harga keseluruhan untuk makan malam kami, RM131 sahaja.

Makan untuk 9 orang. 

Murah kan?

Sangat murah dan kenyang pulak tu. nasi yang diorang bagi pun banyak.

Alhamdulillah

Jadi kepada peminat anda yang nak datang bercuti di Pengkalan Balak atau Kuala Linggi,

jangan lupa singgah De Muara Ikan Bakar, Kompleks Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru

untuk merasai ikan bakar dan makanan laut yang sedap dan murah.


No comments:

Post a Comment