Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 31 January 2017

Beli domain murah dengan servis terbaik dari NETKL

Beli domain murah dari NETKL. Semalam, saya telah selesai memperbaharui domain yang saya beli dari NETKL. Bermakna telah masuk tahun ke dua saya menggunakan servis domain dari NETKL. Jika sebelum ini, blog saya menggunakan url www.n-sabrinaa.blogspot.com dan www.seluarwanitamuslimah.com (blog bisnes). Saya bertukar kepada dotcom kerana terpengaruh dengan review dari blogger tentang trafik blog mereka yang semakin bertambah apabila bertukar domain. Mula-mula memang ragu-ragu dan rasa macam membazir je tukar domain. Saya pun buatlah sedikit research tentang servis buat atau tukar domain dari beberapa syarikat. Baca punya baca, saya buat keputusan nak pilih NETKL memandangkan harganya pun tak mahal selain review yang bagus dari mereka.




Sebab kenapa saya terus memilih NETKL sebagai domain untuk blog saya.


1. Emel dan pertanyaan dibalas dengan pantas

Setiap kali saya emel sama ada untuk tambah domain baru ke, renew domain ke, mereka akan membalas emel saya dengan sepantas kilat. Berdesup laju. Hoho, over kan review saya. Tapi jujur, sepanjang pemerhatian saya, kalau emel atau tanya apa-apa soalan, insya Allah mereka akan membalas dengan pantas. Tempoh masa nak tukar dari dotblogspot ke dotcom pun tak lama. Dalam lebih kurang 10 minit dah siap berdotcom. Pendek kata mudah berurusan dengan pihak NETKL



2. Follow up yang konsisten

Lebih kurang sebulan sebelum domain tamat tempoh dan perlu direnew, mereka sudah menghantar emel peringatan. Dua minggu sebelum tarikh expired pun mereka masih menghantar emel supaya saya tak lupa untuk renew, sekiranya berhajat menggunakan servis dari mereka. Sepanjang tempoh setahun sehingga sekarang menggunakan servis mereka, alhamdulillah setakat ni belum pernah ada masalah yang timbul.


 3. Harga yang berpatutan

Paling penting, harga setiap domain yang mereka tawarkan, berpatutan. Setakat ini dua buah website saya, kedua-duanya saya beli dengan NETKL. Ada banyak jenis servis yang anda boleh ambil. Kalau nak beli domain (contoh dotcom, dotnet dll) harga serendah RM45 sahaja.


4. Mudah dan tidak banyak kerenah

Memang mudah kerana urusan tukar nama domain semua dilakukan oleh mereka. Kita hanya goyang kaki tunggu blog kita telah brtukar menjadi dotcom. 


5. Banyak jenis plan  yang boleh dibeli mengikut budget pengguna


Terdapat banyak jenis plan atau yang ditawarkan oleh NETKL dari tahap beginner dengan harga mampu milik sehinggalah tahap advance. Nak transfer dari blogspot ke wordpress boleh, nak transfer domain boleh, design website pun mereka boleh buatkan. Macam-macam lagi servis mereka. Boleh baca lanjut di website mereka NETKL.


Bagi anda yang sedang tercari-cari syarikat atau agensi untuk membeli domain, atau nak beli hosting sendiri, saya cadangkan gunakan perkhidmatan dari NETKL ini. Insya Allah anda pasti berpuashati kerana sebab-sebab yang saya nyatakan di atas. Terus saja pergi ke website mereka NETKL sekiranya anda berhajat mendapatkan perkhidmatan dari mereka.

2 comments:

  1. Saya pun baru beli domain dari NetKL jugak, servis dorang memang cepat :)

    ReplyDelete